Jumaat, Februari 03, 2012

ZAKAT

MAKNA ZAKAT :-

  • Dari Segi Bahasa -
Zakat bererti suci & bersih..

  • Dari Segi Syarak -
Mengeluarkan sebahagian harta @ hak milik kepada kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupu nisabnya & sampai masanya 1 tahun @ setelah sempurna menuai ( bagi tanam-tanaman )

HIKMAH BERZAKAT :-

  1. Satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT
  2. Dianggap sebagai satu amalan jihad ( pengorbanan )
  3. Membersihkan perasaan dendam & hasad dengki orang fakir terhadap golongan berada
  4. Melenyapkan sikap cintakan harta,bakhil & kedekut
  5. Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah

" amalan berzakat bertujuan untuk membentuk masyarakat saling bantu membantu "

" sesiapa yang menunaikan zakat hartanya,nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakkan hartanya "

Rabu, Februari 01, 2012

PENGENALAN PENDIDIKAN..

Takrif Pendidikan menurut beberapa orang tokoh ialah:-


PLATO
- menganggap pendidikan itu dilakukan dengan cara pengajaran..

ARISTOTLE,JAN JACK ROSSO & IBN SINA
- berpendapat " Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam suatu jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yang baik tadi"

" Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan & sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya" ( Al Sayyid Sabiq )

Selasa, Februari 15, 2011

TAWAN HATI DENGAN AKHLAK TERPUJI..


Keunggulan Rasulullah bersifat sempurna dan menyeluruh. Tetapi yang paling dipuji Allah antara segala keunggulan itu ialah akhlak baginda yang tinggi. Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi". Dengan ketinggian akhlak itulah Rasulullah menyeru kepada Islam. Lidahnya menuturkan ajaran Al-Quran secara lisan,peribadinya menterjemahkannya dalam tindakan. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dalam dakwah dan tarbiahnya..


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Jumaat, Februari 04, 2011

SYAITAN LARI DARI SAIDINA UMAR..


Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqas daripada ayahnya,bahawa Umar al-Khattab memohon agar diizinkan masuk ke dalam rumah Nabi s.a.w. Ketika itu ada beberapa orang wanita Quraisy sedang berbincang-bincang dengan nabi dan mereka berbicara dengan nada suara yang agak kuat,melebihi suara nabi..


Ketika Umar masuk,mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin Umar masuk ke dalam rumah nabi sementara nabi tertawa..


Umar bertanya: "apa yang membuatkan kau tertawa ya Rasulullah?" Nabi menjawab yang bermaksud:"aku hairan terhadap wanita2 yang berdiri disisiku ini.ketika mereka mendengar suaramu,segera mereka berdiri menarik hijab"


Umar berkata: sebenarnya engkau yang lebih layak mereka segani wahai Rasulullah..


Kemudian Umar berkata pada wanita2 itu: wahai para wanita yang menjadi musuh bagi nafsumu sendiri,bagaimana kalian segan terhadap diriku dan tidak segan terhadap Rasulullah?


Mereka menjawab: ya,sebab engkau kebih keras berbanding Rasulullah..


Kemudian nabi bersabda yang bermaksud: jangan mulai pembicaraan wahai Ibn-al Khattab. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman tangan Nya,sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan kecuali dia akan mencari jalan lain yang tidak kau lalui..


Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa nabi bersabda yang bermaksud: sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu Umar..


Nabi juga bersabda yang bermaksud: Umatku yang paling penyayang adalah Abu Bakar dan yang paling tegas dalam menegakkan agama Allah adalah Umar..

Isnin, Januari 24, 2011

PESANAN UMAR AL-KHATTAB..


Pesanan Sayidina Umar al-Khattab kepada ketua tentera muslimin, Sa'ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota Parsi:


sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa'ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan..


aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh2 Islam..


sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuk.jika bukan kerana hal itu,nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan..


bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tntera mereka.kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh,nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka..


jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah ke atas musuh2 ini dengan kelebihan kita,sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka..


ketahuilah!


bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu,malaikat2 yang mengawasi,dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah untuk menjagamu.mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.


maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.janganlah kamu berkata,"sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita,dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan"..


mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum bani israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir majusi..


mohonlah daripada Allah kemenangan ke atas nafsu2 mu.seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh2mu.aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu..


Hari ini,pesanan Sayidina Umar itu dianggap sepi. kita cuba menentang musuh Islam padahal sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka.mereka mengikut nafsu,kita juga apa kurangnya. belum terdengar lagi mana2 pemimpin Islam yang begitu serius mengajak umatnya melawan nafsu..


tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam perjajahan bentuk baru baik dari sudut budaya,politik,ekonomi mahupun geografi. kita kalah dengan musuh zahir (yahudi&Nasrani) kerana kita terlebih dahulu dikalahkan oleh musuh batin iaitu hawa nafsu. jihad melawan orang kafir tidak mungkin menjadi realiti kecuali setelah jihad melawan hawa nafsu dilakukan terlebih dahulu..

Ahad, Januari 09, 2011

LELAKI BERSALAMAN DENGAN WANITA?


Akhir2 ini,umat Islam amat longgar pegangannya dengan hukum Allah,baik hukum yang kecil mahupun hukum yang besar termasuk hukum bersalaman.Ada yang mempertikaikan hukum Allah sehingga wujud orang yang berhujahkan dengan niat yang baik,darurat dan selamat daripada fitnah,maka hukum bersalam wanita dan lelaki adalah harus..


Sebenarnya para ulama bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.Seorang tokoh mazhab syafie yang disegani,Imam Nawawi menegaskan:


"Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya,atau ketika urusan jual beli,atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam situasi berkenaan"


Ummu Mukminin Aisyah pernah bersumpah menafikan Nabi pernah menyentuh tangan wanita dalam baiah peristiwa hijrah..


Memang benar masih ada segelintir yang berhujah terdapat ulama yang mengharuskan bersalaman dengan wanita ajnabi.Namun keharusan itu bukan secara mutlak iaitu harus bersalaman dengan mana2 wanita ajnabi tanpa mengambil kira apa2 situasi.Tetapi keharusannya hanya dalam keadaan darurat dan aman fitnah..


Kaedah fiqah ada menyebut,darurat hendaklah diukur mengikut kadarnya (yakni kadar darurat tersebut)


Apakah dalam suasana Malaysia sebuah negara yang mempuyai nisbah umat Islam yang begitu ramai masih berada dalam keadaan darurat? Umat Islam di negara kita perlu dilatih melaksanakan perintah Allah dan Rasul walaupun sekecil mana hukum tersebut pada anggapan mereka.


Oleh itu,bagi kita umat Islam,tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w..

Rabu, Disember 29, 2010

PENGURUSAN MASA=PENGURUSAN NYAWA..


MENGHARGAI NYAWA..


Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah nyawa. Dengan nyawa kita hidup & dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Oleh itu,kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa ini sangat beharga. Nyawa ini ialah "modal" untuk meraih keuntungan di dunia & akhirat..


Oleh sebab itu, nyawa termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori darruriyyat bersama-sama dengan agama,keturunan & harta. .


Tanpa nikmat hidup, kita tidak berpeluang untuk membuat kebaikan,meraih pahala & seterusnya mendapat syurga..


Ingatlah, hidup didunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Justeru, dalam Islam kita dilarang "meminta" mati apatah lagi membunuh diri..


Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis: "setiap inci tanah di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga"


MENGHARGAI MASA..


Apakah tanda kita menghargai nyawa? jawabnya mudah, kita mesti menghargai masa! Masa hakikatnya adalah nyawa kita. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan, hakikatnya seperti " membuang " nyawa sendiri..

Isnin, Disember 27, 2010

MALU MUNCUL DARI IMAN..


Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa & maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu. Sifat malu menghalang seseorang muslim itu daripada melakukan dosa, malah dalam masa yang sama menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah ketaatan..

Malu yang dimaksudkan adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah. Sifat malu ini bukan sahaja sifat yang disuruh oleh Islam, malah ia adalah sifat tabii manusia yang waras & sempurna pemikirannya..

Namun begitu pada zaman kita ini, orang yang malu terkadang dianggap orang yang tidak maju atau tidak moden. Begitulah terbaliknya neraca pertimbangan bagi sebahagian manusia yang kurang berilmu..

Imam Nawawi pernah berkata: "berkata para ulama: Hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk & menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada yang sepatutnya"

Selasa, Disember 21, 2010

BERSYUKUR SEBAGAI MUSLIM..


Betapa agung Allah yang maha penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. kita dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah. Apa yang bakal terjadi apabila saat kita dilahirkan Allah menetapkan kita bukan seorang Islam. Betapa berat perjuangan saudara2 kita yang bukan Islam bagi bertauhid & beribadat kepada Allah..


Salam sejahtera & selawat ke atas Nabi Muhammad. Melalui dakwahnya, umat manusia di dunia mengenal kebenaran. Melalui dakwahnya, kita dapat memahami hakikat kehidupan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan & kemampuan kepada kita supaya mencontohi sunnah rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad..


Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur kepada Allah atas limpahan kurnianya dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur atas beberapa perkara asas. Pertama, bersyukur kerana Allah mencipta kita sebagai manusia. Makhluk yang begitu sempurna. Sebagai manusia kita memiliki berbagai-bagai kelebihan & keutamaan apabila dibandingkan dengan makhluk lain. Manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada mahkluk lain. Dalam hal ini kita sebaik-baiknya bersyukur atas berbagai-bagai kelebihan yang kita miliki. Bagaimanakah cara mensyukurinya? itulah masalah yang perlu kita fahami dengan lebih mendalam..


Jumaat, Disember 17, 2010

RUMPUT & KASIH SAYANG..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

- Artikel iluvislam.com

Jumaat, Oktober 08, 2010

BEBAS PALESTIN..



La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah Berjuang fi sabilillah
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Selasa, Jun 22, 2010

SUPAYA TAK JADI SEJAHAT FIRAUN..


jom kita bicarakan tentang perlukah mengkritik diri. sebenarnya itulah antara lain kerja kita. hari2 bila kita tengok cermin aje,kita mulajadi pengkritik. kita kritik diri kita sendiri. itu bagus,sebab apa lagi kerja kita kalau tak asyik komplen. ada aje yang tak kena..


hah,tak salah kritik diri tu.apa pulak salahnya? bahkan pada ketika2 tertentu jadi mesti,sebab kalau kita ni tak kritik diri sendiri memang lama2 lupa. lupa boleh tahan,takut2 terus tak sedar diri. bayang ajelah orang yang dah tak sedar,jadinya tak tahu diri..


kritik2 lah diri anda sebelum anda dkritik oleh orang lain. kita akan menghala ke arah kebaikan apabila kita sering muhasabah diri..kalau inginkan kebaikan dan perubahan positif dalam hidup,perlulah rajin2 kritik diri sendiri.tapi kena ingat,kita ada 2 hati. hati besar dan hati kecik. kritik diri datangnya dari situ..


hati besar biasanya tak nak kritik diri,dia lebih bersikap bela diri. tapi kadang2 pembelaannya tak masuk akal,maklumlah hati besar,cakapnya jadi besar,perasaannya jadi besar. berbanding hati kecik. hati kecik kalau dia kritik,dia memang kritik habis.dia kritik dari dasar. dia kritik apa sebenarnya. yang selama ni tak mahu disebut oleh hati besar,hati kecik akan cetuskan,akan sampaikan,akan sebutkan..


misal: 'aku kalau setakat nak beli kereta macam tu rupa,anytime je. cuma tak nak je. nanti orang kata berlagak.' sebenarnya hati kecik kata,'alamak kalau orang cabar aku supaya betul2 beli memang bungkus aku.aku ni memang tak senonoh.asyik cakap besar. sebenarnya aku teruk,papa. tak ada apa2. kenapalah aku jadi macam ni? siapa yang mengajar aku jadi macam ni..'


kita kena ingat diri kita ni tak sepenuhnya perfect. mungkin nak jadi perfect tu tak mungkin,sebab hanya nabi saja yang perfect,tapi bercita-cita ke situ tak salah,malah dituntut. lantaran itu kita kena belajar2 kritik diri supaya hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.kalau tak ada aktiviti mengkritik diri sendiri,boleh jadi kita terlupa pada kegawatan yang dah dibuat semalam dan membina kegawatan lebih teruk pada besok pagi. tentu teruk dan tak ok..


tengok Proton Saga. sebab adanya kritikan,ia berubah dari keadaannya yang pertama kali ketika keluar dulu,kemudian menjadi wira,bila ada kritikan lagi,pembaikan diteruskan.lahirlah waja,kemudian perdana. pasal apa ada pembaikan? sebab adanya R&D. itulah kritik diri namanya..


kritik diri untuk jadi sehebat besi. besi kan kuat,besi kan waja,tapi besi masih boleh diubah,diketuk dan dibentuk ikut apa nak jadi. bermakna kritik diri untuk power,padu,tuntas hebat dan luar biasa,namun masih boleh menerima perubahan untuk elak diri jadi degil,sedegil firaun..


kita kritik diri sebab hormat diri tinggi,bukan hidung tinggi,bukan sombong diri,bukan tak tahu diri,tapi kita berbangga dengan pencapaian kita dan memberikannya reward sebab kita memang patut hormat diri tinggi..

Khamis, Jun 17, 2010

PETUA MUDA SELALU..


Telefon bimbit pada seorang lelaki itu tidak lebih sebagai alat komunikasi. mereka guna telefon bimbit untuk hantar mesej ringkas. perempuan pulak,dia boleh kunjjngi seorang kawan,tinggal di rumah kawan tu selama 2 minggu,bila balik nanti dia akan hubungi lagi dan bercakap lagi sampai 3 jam..


Hmm..hebat orang perempuan!


yang ni pulak,wanita dia berhias,pakai pakaian cantik untuk beli belah,siram pokok bunga,kutip daun kering di halaman rumah,ambil surat dan buang sampah ke dalam tong kat depan rumah.majlis keramaian tak usah lagi,macam kereta berhias,tapi lelaki masa dia kahwin dan masa dia hadir upacara pengkebumian aje dia berhias,tu pun sikit je..


wanita ni kan,kalau dia kata dia perlukan 5 minit lagi untuk bersiap,sebenarnya dia perlukan 5 kali ganda daripada masa 5 minit tu,sedangkan lelaki kalau dia kata 5 minit lagi dia sebenarnya dah 15 minit siap..


gitulah gamaknya lelaki dengan wanita,memang berbeza.segalanya berbeza,dari segi fizikal hinggalah cara berfikir.kalaulah dua spesis ni disatukan dan suruh tinggal dalam sebuah rumah (berkahwinlah),sempurnalah kehidupan. ya tak? cuba bayang kalau semua lelaki di dalam sebuah rumah,apa jadi? kalau semua wanita di dalam sebuah rumah.apa jadi?


pasal tulah,kalau ada peluang kahwin,kahwinlah.orang yang kahwin ni sempurna hidup dia.semua kekurangan dia akan disempurnakan oleh pasangan dia.kalau ada orang kata aku tak nak kahwin boleh jadi dia tu tak berapa normal,sebab berjuta manusia di mana2 pun memang nak kahwin dan ada nafsu untuk kahwin,tapi dia tak nak.masalah jugak tu..


pun begitu kita tabik pada orang yang memang ada pendirian begini atas sebab2 tertentu dan tersendiri.cuma kalau ada dan sampai masanya nanti janganlah tolak..


bagaimana petua sentiasa kelihatan muda?


senang je..happy selalu,jangan buat masalah,jangan cari masalah,tolong orang selesaikan masalah.kegembiraan orang adalah kegembiraan kita.hubungan dengan ALLAH sentiasa jaga,denagn ibu bapa pun sama,denagn ahli keluarga yang lain pun sama,bahkan dengan haiwan.selalu berfikiran positif,sebab berfikiran positif akan alirkan alpha,arus bertenang dan arus kebijaksanaan serta arus kemudaan..

Isnin, Jun 14, 2010

KAMI TIDAK GENTAR..


yahudi..

kau sungguh keji..

kau sungguh laknat..

kau sungguh durjana..

kau ibarat binatang liar..

kau seksa..kau ragut..kau bunuh..kau tindas saudaraku..


jangan kau sangka..

kami gentar..kami takut..kami gerun..

kami akan terus berdepan denganmu..

walau hanya dengan seketul batu..


kami tidak gentar..

bommu..pelurumu..pesawatmu..

boleh menembusi jasad kami..

namun tak upaya..

merobekkan iman dan taqwa kami..


kami yakin..

kemenangan milik kami..

kamu akan dikalahkan..

kamu akan dihalau..

rasul telah beri jaminan..

pokok dan batu kan turut melawan..


nantikan kehancuranmu..

perang yang kau mulakan..

takkan usai disini..

tentera Muhammad akan kembali..

tentera Umar al-Khattab akan mengepung..

tentera Salehudin al-Ayubi akan membela..


satu yang kau bunuh..

10 generasi akan bangkit..

menjadi insan pejuang..

tentera Allah pasti bersama kami..


oleh itu..

undurlah wahai yahudi..

pergi jauhlah kamu dari bumi Palestin..

pergi jauhlah kamu dari Gaza..

nyahlah kau dari al-Quds..

sebelum kau dihancurkan..


nukilan oleh Dr. FARHN HADI MOHD TAIB

Isnin, Mei 31, 2010

MAKKAH SEBELUM ZAMAN NABI ADAM..

Sebenarnya sejarah Makkah bermula semenjak zaman nabi adam lagi. menurut riwayat ibnu abbas (salah seorang sahabat nabi Muhammad),kota Makkah terletak selaras dengan kedudukan Baitul Ma'mur di alam Malakut(tempat @ alam malaikat)..

ketika Allah hendak menjadikan nabi adam sebagai khlifah di bumi,Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30 yang bermaksud:

"sesungguhnya Aku mencipta di bumi seorang khalifah"

lalu para malaikat bertanya,

"mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakkan padanya dan menumpahkan darah,padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"

Allah berfirman:

"sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui"

malaikat merasa amat takut akan kemurkaan Allah setelah mendengar jawapan yang amat tegas itu.lalu mereka bertaubat dan tidak akan menyangkal lagi apa yang hendak dilakukan oleh Allah.jadi untuk membuktikan pengabdian diri mereka terhadap Allah,malaikat telah melakukan tawaf di sekitar Arasy Allah sambil bertaubat,bertasbih dan membesarkan Allah..

Allah maha pengampun dan maha penyayang.oleh kerana Arasy Allah itu terlalu luas,Allah telah mencipta satu binaan lain yang lebih kecil ukurannya iaitu baitul makmur untuk menggantikan Arasy Allah. baitul makmur berada tepat di bawah Arasy Allah. sejak itu,malaikat melakukan tawaf di keliling baitul makmur..

menurut riwayat,semasa nabi adam diperintahkan ke bumi,Allah telah memerintahkan nabi adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan baitul makmur. malaikat Jibril telah ditugaskan oleh Allah untuk memberi tunjuk ajar kerja2 pembinaan itu..

setelah binaan itu siap,nabi adam dan keluarganya diperintahkan supaya bertawaf mengelilinginya untuk membesarkan Allah. binaan yang dimaksudkan itu ialah Kaabah. Kaabah dikatakan selaras dengan baitul makmur mengikut ukuran Allah..

di petik dari buku KEISTIMEWAAN MAKKAH - Ummu Ammar

Ahad, Mei 23, 2010

RAHSIA DAN KEISTIMEWAAN MAKKAH..

Ibn 'Abbas pula berkata: Nabi s.a.w bersabda:

"betapa tempat yang indahnya kamu! kamu adalah tempat yang paling aku cintai! sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu,aku tak akan berpisah ( dari sini ) untuk hidup di satu tempat yang lain"


hadith di atas menunjukkan bahawa Makkah amat istimewa dan amat dicintai oleh Allah dan RasulNya. Allah telah memilih Makkah sebagai pusat bumi serta mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak ada pada kota yang lain di dunia ini..


di antara keistimewaan Makkah ialah:


1) tempat dibangunnya rumah Allah (baitullah) sejak dari zaman nabi Adam..

2) tempat kelahiran nabi Muhammad iaitu rasul terakhir..

3) tempat beribadah para hamba2 Allah serta adanya kewajiban atas mereka untuk mengunjunginya,baik dari jauh mahupun dekat (ibadah haji & umrah)

4) tempat yang tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati,khusyuk,kepala terbuka (bagi lelaki) dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia..

5) tempat yang telah Allah pilih sebagai kota suci yang aman yang tidak boleh ada pertumpahan darah..

6) tempat yang Allah syariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah..

7) tempat di mana kiblat manusia seluruh dunia dan tidak ada sejengkal bumi pun yang Allah wajibkan hamba2nya untuk mengadap dan melambaikan tangan kecuali kepada Kaabah,Hajar Aswad dan Rukun Yamani..

8) tempat yang Allah pilih untuk sesiapa yang ingin menghapuskan dosa2 lalu..

9) tempat yang mustajab doanya..

10) tidak ada tempat di muka bumi ini yang Allah pilih sebagai wajib bagi orang2 yang mampu mengunjunginya..

11) tidak ada fi muka bumi ini suatu masjid pun di mana orang yang bersolat di dalamnya,pahala akan dilipat gandakan..

12) tempat yang dilarang oleh Allah untuk mengadap atau membelakanginya pada waktu buang hajat..

13) Allah bersumpah dengannya di dalam Al-Quran iaitu dilarang sesiapa yang memasukinya membawa senjata termasuk larangan atas orang2 kafir yang ingin memasukinya..

14) tempat yang Allah akan memberikan balasan bagi sesiapa saja yang berniat jahat,walaupun belum melakukannya.barang siapa yang melakukan kejahatan maka balasannya akan dilipat gandakan.ini kerana dengan melakukan kejahatan di Tanah Suci lebih besar dosanya jika dibandingkan di tempat2 lain..

15) tempat yang dijaga oleh para Malaikat sehingga Dajjal pun tidak diizinkan Allah untuk masuk kedalamnya..


dipetik dari buku KEISTIMEWAAN MAKKAH - UMMU AMMAR

Jumaat, Mei 21, 2010

KEDUDUKAN MAKKAH..

Makkah Al-Mukarramah adalah kota suci tempat turunnya wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad. di sini terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi tanda kebesaran Allah..
Makkah terletak di bahagian barat negara arab saudi di bumi hijaz iaitu terletak sekitar 600km sebelah selatan kota Madinah dan lebih kurang 200km sebelah timur laut kota jeddah. kotanya merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung-ganang dengan bangunan Kaabah sebagai pusatnya..

Kawasan rendah disekitar Makkah dinamakan ' Al-bat-haa'. di sebelah timur Masjidil haram dinamakan 'Al-Ma'alah,manakala di sebelah barat dan selatan dinamakan 'Al-Masfalah' ataupun dikenali sebagai 'Al-misfalah'. Nabi Muhammad dilahirkan dan tinggal dikawasan Al-Ma'lah sehinggalah baginda diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah. bahkan,ketika Fath Makkah ataupun pembukaan kota makkah,nabi dan para pengikutnya masuk ke Makkah melalui Al Ma'lah..

Kota suci ini mempunyai 3 pintu masuk iaitu Al-Ma'lah atau boleh juga dikenali sebagai Al-Hajun (al-hajun disebut kerana di bukit tersebut terdapat kawasan perkuburan para sahabat & syuhada ).. 2 lagi pintu masuk ialah Al-Masfalah dan Asy-Syubaikah. kota suci ini berada dalam ketinggian lebih kurang 300 meter dari permukaan laut..

dipetik dari buku KEISTIMEWAAN MAKKAH - Ummu Ammar

Selasa, Mei 18, 2010

AYAT BISMILLAH ENAM..

بسم الله سميع البصير
الذي ليس كمثله شئ وهوبكل شئ عليم
بسم الله خلق العليم
الذي ليس كمثله شئ وهو الفتاح العليم

بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو عليم الخبير
بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهو العليم القدير
بسم الله العزيزالكريم
الذي ليس كمثله شئ وهوالعزيزالكريم
بسم الله الغفورالرحيم
الذي ليس كمثله شئ وهوالغفور الرحيم
فالله خير حافظاوهوارحم الراحمين

KELEBIHAN AYAT :

DOA MUDAH BERSALIN,PENAWAR,DAN PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT

Ahad, Mei 09, 2010

WAHAI KAUM MUSLIMIN!!

Sesungguhnya bumi PALESTIN akan tetap kukuh dalam hati dan pemikiran umat Islam,sebagaimana ia dimuliakan oleh Allah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj seperti yang dinukilkan dalam ayat berikut:

Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami memeperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda2 (kebesaran) Kami. sesungguhnya Dia adalah maha pendengar lagi maha melihat.. al-isra'

inilah bumi PALESTIN yang diberkati. penyelesaian terhadapnya tidak akan sesekali tercapai melalui kerjasama yang dihulurkan kepada Amerika dan juga rundingan 2 negara Yahudi. andainya mereka berundur kepada sempadan 1967 sekalipun,tanah2 yang diduduki pada tahun 1948 masih berada di cengkaman mereka sedangkan Islam tidak menerima penyelesaian sebegini. Islam melihat kedudukan kedua-dua wilayah ini sebagai tanah kaum Muslimin yang wajar dikembalikan. tanah ini,yang menjadi saksi kepada para syuhada' semenjak zaman kekhilafan lagi dalam membuka dan mempertahankannya..

ketahuilah bahawa sesungguhnya PALESTIN merupakan amanah yang terpikul di bahu kaum Muslimin. kaum Muslimin ketika pemerintahan Saidina Umar telah membuka PALESTIN dan membawa kemakmuran serta kesejahteraan ke atas bumi ini. setiap kali musuh berhasrat untuk menguasai dan menjajah PALESTIN,pasti akan lahir panglima2 Muslimin seperti Salahuddin yang membebaskannya daripada kaun salibiyin,atau Qutuz dan Beybars yang mengembalikannya daripada cengkaman kaum tartar. kemudian di penghujung kurun ke-19,sultan abdul hamid tatkala detik2 kemunduran khilafah,tetap utuh memelihara kesucian PALESTIN daripada pujuk rayu Hertzl dan kelompok Zionis. kesinambungannya wajar diteruskan ketika khilafah tertegak dan bumi ini seharusnya dibersihkan daripada penjajah yahudi dan akhirnya dikembalikan sebagai sebahagian daripada wilayah Islam..

PALESTIN akan tetap menjadi amanah bagi kaum Muslimin dan tiada seorangpun daripada kaum Muslimin berhak mengkhianati amanah yang tertanggung di bahu mereka,sebagaimana yang termaktub dalam ayat berikut:

hai orang2 yang beriman,janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul,juga jangan mengkhianati amanat2 yang dipercayakan kepada kalian,sedangkan kalian mengetahui..

Selasa, Mei 04, 2010

SOAL JAWAB AGAMA..

PERSOALAN MENGENAI APAKAH HUKUM SEKIRANYA BEKERJA DI SEBUAH SYARIKAT PERKILANGAN PEMBUATAN TIN MINUMAN,DIMANA IA JUGA MENGELUARKAN PRODUK TIN MINUMAN UNTUK JENAMA MINUMAN KERAS.SYARIKAT ITU MENGELUARKAN LEBIH 85% PENGELUARAN UNTUK TIN MINUMAN BIASA DAN SELEBIHNYA UNTUK SYARIKAT MINUMAN KERAS..


Bekerja di tempat yang bercampur di antara halal dan haram adalah dianggap syubhah. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: "mencari yang halal itu adalah wajib atas setiap Muslim" (H.R Thabrani dan Dailami ). pada asalnya, mengikut kaedah ulamak fikh,harta yang haram bila bercampur dengan harta yang halal (syubhah) harus diceraikan. oleh kerana kerana syarikat itu mengeluarkan 85% pengeluaran halal,maka hukumnya adalah halal. walaubagaimanapun,sebaik-baiknya,jika ada pekerjaan lain,maka boleh mencari kerja yang lebih bagus dan terkeluar dari perkara haram dan syubhah..
soal jawab bersama - Us Nik Mohd Nizam Mohd Nasir (IDIP) PERKIM