Rabu, Januari 27, 2010

KERINDUAN UMAT ISLAM TERHADAP BUMI PALESTIN..


Sesungguhnya, umat islam sangat merindui akan tiba masanya bagi pemerintahan Arab dan Islam untuk mempamerkan sikap yang jelas dan menggalas tanggungjawabnya menghadapi penghinaan terhadap tempat-tempat suci Islam, Tempat Isra'nya Rasulullah. Umat merindui jiwa-jiwa yang kembali pada Allah dan menghadapi segala serangan dengan bersatu atas nama tentera Allah..

Umat Islam sudah terlalu menderita, umat Islam merindui kita dan anak-anak kita menjadi generasi rabbani dan bertaqwa. Dipersiapkan juga dengan jiwa berilmu, berpendidikan, menguasai ekonomi dan mahir strategi ketenteraan..

Bebaskan sekolah-sekolah generasi kita daripada pengaruh Amerika dan Yahudi dengan segala bentuknya seperti pergaulan bebas, hiburan melalaikan dan keruntuhan akhlak. Kerahkan segala usaha tenaga mencetak para pemimpin yang jujur dan berakhlak yang berjalan untuk mengembalikan kemuliaan Islam yang dinodai..


bangkitlah wahai diriku dan seluruh generasiku..

sedarlah Palestin itu adalah tanah para nabi..

Ibrahim,Daud,Sulaiman,Musa,Zakaria,Yahya dan Isa..

Allah menegaskan bahawa..

Ibrahim bukanlah yahudi,bukan juga nasrani..

akan tetapi dia itu adalah seorang yang lurus dan Islam..

bukan juga dia termasuk dalam kalangan orang musyrik

( surah Ali Imran : 67 )

tanah suci itu adalah tanah wakaf bagi semua generasi kaum Muslimin. Di atasnya tertegak Masjid al-Aqsa yang mulia. Allah telah mewariskan tanah ini dengan keberkatan untuk orang Islam. Jangan biarkan tangan-tangan kotor dan jijik milik kongres Amerika,Zionis ataupun pemerintah pengganas Israel menodainya.Ia milik kita. Kita yang perlu mempertahankan kesuciannya daripada terus diperkosa rejim pengganas..

Bersabarlah wahai pejuang Palestin yang terpilih, bersabarlah wahai umat Islam, beramallah, bersiaplah dan bertaqwalah kepada Allah, insya-Allah sinar kemenangan sudah semakin menghampiri kita. Tiada istilah kalah dalam diari pejuang melainkan menang atau syahid..




Ahad, Januari 24, 2010

BERMULANYA DENGAN NIAT..

Setiap perbuatan atau amalan mesti dimulai dengan niat..
segala gerak kerja dalam kehidupan ini pasti mempunyai niat..
jika ada niat,barulah segalanya berjalan..
cuma niat yang baik atau sebaliknya..
inilah realitinya..pasti?
Hari ini,di pagi yang cerah aku masih di Bangi..
weekend kali ini btul2 menguji diri..
btul2 menguji semangat yang aku bawa..
semangat yang tak berapa pasti akan statusnya..
semangat yang perlu dibuang jauh dalam diri..
aku mahukan semangat yang baru..
semangat yang pernah ada dalam diri ini satu ketika dulu..

Pagi ini,housemate aku yang tolong kejutkan..
tq farid..jangan pernah jemu dengan kerenah aku..
teringat pesanan dia pagi tadi..
" ko dah gosok baju jgn plk smbung tido blik "
tak farid,aku dah bangun pun sekarang ni..
tapi tadi aku sampai kolej,rupenya hari ini lab aku cancel..
semalam 1 kuliah pun aku tak pegi..
atas alasan ape? aku pun tak tahu..
kuliah arab jam 11 nanti..
apa pun terjadi,kena datang jugak..
aku pasti terpaksa akan datang..
datang dengan semangat..
semangat yang akan di buang jauh2..

final test di nanti2kan sangat..
2 weeks saja lagi..sebab apa?
sebab selepas ini semangat yang baru sedang menanti..
sedang menunggu masa untuk keluar dari sarang..
sebab semangat yang baru akan ku bawa bersama..
untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..
amal yang baik datangnya dari niat yang baik..

Jumaat, Januari 22, 2010

DI TANGAN SIAPA REZEKI KITA?

Kita tak tahu rezeki kita di mana dan ada pada tangan siapa.
Memanglah di tangan TUHAN, tapi kita tak tahu siapa pengantaranya.
Memang kita tak tahu..

Hari ini agak menyedihkan..
Selepas habis mengajar tajwid kelas 6 syafie petang tadi,aku menerima berita kurang menggembirakan..
rasa sedih di lubuk hati..
tapi terpaksa terima dengan akur..
terpaksa menerima sebagai ujian untuk kali ke berapa aku tak pasti..
hakikatnya aku terpaksa tempuhi..
betapa sukarnya perjalanan hidup ini..
betapa sukarnya hajat untuk dipenuhi..
setelah sekian lama menanti..
masih belum jua aku kecapi..
mengapa begini?
mungkin ini adalah ujian pada insan yang selalu lalai dengan perintahNYA..

YA ALLAH..
berikan aku kekuatan..
kekuatan dalam menempuh ujianMU..
kekuatan untuk menjadi hamba yang taat pada perintahMU..

YA ALLAH..
aku memohon dan merayu supaya kabulkan hajatku..
tunaikan permintaanku..
berikan aku ruang dan peluang untuk berubah..

Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasai sekarang ini..
aku berdoa semoga permintaan aku kali ini akan tercapai..
Amin..amin..amin..

Rabu, Januari 20, 2010

HEBATNYA KUASA MAAF..

Kuasa maaf memang hebat. Anda percaya tak?
Buatlah salah apa pun,kalau mintak maaf,dapat.
Kalau tak dapat? kalau tak dapat sekarang,lama-lama dapat jugak.Percayalah..

Itulah satu-satunya senjata orang yang bersalah,iaitu meminta maaf.
Tapi bukan semua kesalahan boleh padam dengan meminta maaf, sesetengahnya kene hukum jugak.
Selesai hukuman barulah maaf diberi.
Tujuannya nak bagi pengajaran,kalau tak habis semua orang jadikan minta maaf berselindung daripada kesalahan yang sengaja dibuat.

Apa-apa pun kuasa maaf besar sekali dalam hidup kita.
Ambillah kesempatan meminta maaf setiap kali hari raya.
Cube buat senarai panjang siapa-siapa yang kita pernah mempunyai masalah dengan dia.
Tiba hari raya,carilah si dia dan minta maaf.
Kalau dia tak maafkan,bayar untuk dapatkan maaf tu.
Lebih baik kita bersusah-susah sikit 'di sini' daripada bersusah-susah 'di sana'. 'Disana' tu,faham? Akhirat..

''Jalan-Jalan ke rumah Manaf,di rumah Manaf berbuka puasa.Kalau bersalah mintalah maaf,maaf-bermaafan menghapus dosa."

KEMBALI PULANG..

setelah sekian lama menyepikan diri..


aku terpanggil untuk menceriakan kembali..


salam maaf kepada insan,yang satu ketika dulu membantu aku tanpa rasa jemu untuk menghasilkan ruang-ruang yang telah aku tinggalkan ini..


mulai saat ini,aku akan terus mewarnai ruang-ruang ini seperti dulu..


akan aku hiasi ruang-ruang ini seperti dulu..


kini..kembali pulang..