Rabu, Januari 27, 2010

KERINDUAN UMAT ISLAM TERHADAP BUMI PALESTIN..


Sesungguhnya, umat islam sangat merindui akan tiba masanya bagi pemerintahan Arab dan Islam untuk mempamerkan sikap yang jelas dan menggalas tanggungjawabnya menghadapi penghinaan terhadap tempat-tempat suci Islam, Tempat Isra'nya Rasulullah. Umat merindui jiwa-jiwa yang kembali pada Allah dan menghadapi segala serangan dengan bersatu atas nama tentera Allah..

Umat Islam sudah terlalu menderita, umat Islam merindui kita dan anak-anak kita menjadi generasi rabbani dan bertaqwa. Dipersiapkan juga dengan jiwa berilmu, berpendidikan, menguasai ekonomi dan mahir strategi ketenteraan..

Bebaskan sekolah-sekolah generasi kita daripada pengaruh Amerika dan Yahudi dengan segala bentuknya seperti pergaulan bebas, hiburan melalaikan dan keruntuhan akhlak. Kerahkan segala usaha tenaga mencetak para pemimpin yang jujur dan berakhlak yang berjalan untuk mengembalikan kemuliaan Islam yang dinodai..


bangkitlah wahai diriku dan seluruh generasiku..

sedarlah Palestin itu adalah tanah para nabi..

Ibrahim,Daud,Sulaiman,Musa,Zakaria,Yahya dan Isa..

Allah menegaskan bahawa..

Ibrahim bukanlah yahudi,bukan juga nasrani..

akan tetapi dia itu adalah seorang yang lurus dan Islam..

bukan juga dia termasuk dalam kalangan orang musyrik

( surah Ali Imran : 67 )

tanah suci itu adalah tanah wakaf bagi semua generasi kaum Muslimin. Di atasnya tertegak Masjid al-Aqsa yang mulia. Allah telah mewariskan tanah ini dengan keberkatan untuk orang Islam. Jangan biarkan tangan-tangan kotor dan jijik milik kongres Amerika,Zionis ataupun pemerintah pengganas Israel menodainya.Ia milik kita. Kita yang perlu mempertahankan kesuciannya daripada terus diperkosa rejim pengganas..

Bersabarlah wahai pejuang Palestin yang terpilih, bersabarlah wahai umat Islam, beramallah, bersiaplah dan bertaqwalah kepada Allah, insya-Allah sinar kemenangan sudah semakin menghampiri kita. Tiada istilah kalah dalam diari pejuang melainkan menang atau syahid..




Tiada ulasan: