Rabu, Mac 31, 2010

ON TIME DALAM BERIBADAH..

Anda yang memandu setiap petang ketika nak balik ke rumah,cemas tak bila menempuh kesesakan lalu lintas yang langsung tak bergerak sikit pun tu? alah,sebab banjirlah. cemas sebab banjir tu satu masalah,ni cemas nak buka apa kalau bulan puasa. tu lagi satu masalah..

' hai,pukul berapalah aku nak sampai? tak sempat buka nampaknya. apa benda yang ada dalam kereta ni yag boleh dimakan? semuanya besi,plastik,baldu!'

selalu terjadi macam tu bagi anda yang tinggal di bandar2 besar? selalunya bulan puasa jatuh hujung tahun,musim tengkujuh. petang hujan,pagi hujan,malam pun hujan..

semula jadinya kita cemas apabila dah nak masuk waktu buka. kita masih terperangkap dalam kesesakan. betul tak? jangan temberanglah,mesti cemas punya. rasa rugi sangat sebab seminit dah azan,sedangkan anda masih terperangkap dan tak ada apa2 nak dimakan,nak buka puasa. betul?

nak2 kalau hari tu entah kenapa anda berasa lapar sangat,semacam punya lapar,bukan dua macam lagi. semacam sangat. tiba2 tersangkut di tengah jalan raya dan azan maghrib pulak berkumandang di corong radio. alamak,rasa rugi sangat sebab terpaksa berpuasa lebih daripada waktu yang diwajibkan..

apa susah,bang...buka cermin kereta tadah air hujan sikit,dapat jugak minum air hujan. jangan marah hah,gurau je!

apa yang saya nak tegaskan? kita terasa rugi sangat kalau tak sempat buka,tak sempat on time. tapi kita tak terasa apa2 pun apabila dah masuk waktu zuhur,misalnya dan kita leka bersembang. patutnya lebih baik kita tunaikan solat zuhur pada awal waktu sebab lebih afdal. apa pasal kita rasa selesa melambat-lambatkan solat,sedangkan bab buka puasa tadi,amboi,belum azan,kurma dah ready depan mulut? amboi,bab makan awal waktu,bab solat selalu akhir waktu! apa pasal?

solat pada awal waktu tu paling baik,lebih2 lagi kalau berimam. lagi baik kalau 5 minit sebelum masuk waktu dah ready dengan wuduk dan berada di tikar solat. seperti kita nak berbuka tadi,5 minit sebelum masuk waktu maghrib karipap depan mulut kita..

5 minit tangan diangkat pegang karipap depan mulut. bukan main tu! bukan kerja senang. sebab apa? sebab afdal awal berbuka puasa. laa.. apa pasal solat tak boleh gitu? kan afdal jugak solat pada awal waktu?

okey,sama2 kita muhasabah diri kita. kita menjalani ibadah puasa dan solat dah lama,mungkin seusia dengan usia kita sekarang. tapi kualitinya sama saja macamkita budak2 dulu. dulu masa budak2 on time sangat apabila berbuka,tapi solat memang di lambat2kan. mengaji di universiti dalam bidang usuluddin lagi,bidang syariah lagi,tapi solat masih sama..

maka marilah kita sama2 muhasabah diri. " kalau boleh ketawa, senyumlah jugak sebab ketawa campur senyum tu memang bahagia "

Isnin, Mac 29, 2010

KEPENATAN & KELENGUHAN YANG TERAMAT SANGAT..

sebenarnya memang ada benda yang nak ditulis seperti biasa..
tapi keadaan tak menginzinkan untuk hari ini..
keletihan & kelenguhan yang teramat sangat..
baru saja balik dari PBAKL PWTC..
kaki sakit+penat+kepala sakit = kepuasan maksima..
in-Allah esok akan cuba berkongsi kembali..

Rabu, Mac 24, 2010

MASJID AL-AQSA DAN UKURANNYA..

Dr Mustafa Abdul Jawwad berkata:"maksud masjid al-Aqsa ialah seluruh lokasi yang dilingkari pagar tanah haram yang luasnya mencapai 140 Daunam dan 900 meter persegi. ia mencakupi bahagian penutup dari masjid al-Aqsa yang diberkati serta bangunan Qubbah al-Shakhrah,anjung,ruangan,kubah,tempat lalu dan tanah lapang yang semuanya penuh dengan barakah di sisi umat Islam. masjid al-Aqsa juga dinamakan " tanah haram al-Qudsi yang mulia." usaha,orang yang tamak,dengki dan jahil untuk membatasi kesucian tempat tempat tersebut hanya pada masjid al-Aqsa dan Qubbah al-Sakhrah sahaja sangat bertentangan dengan keterangan yang terdapat dalam ayat al-Quran..

tempat sujud tidak terbatas di dalam bangunan masjid suci itu sahaja,malahan di tempat2 lain juga. oleh itu seluruh tempat yang termasuk dalam masjid al-Aqsa yang dilingkari dengan pagar sama kesuciannya,sama besar pahala orang yang melakukan solat di sana sama ada di dalam bangunan masjid mahupun di tanah lapang..

Selasa, Mac 23, 2010

MATLAMAT HIDUP MANUSIA..

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. manusia tidak dijadikan sia2 dan tidak dibiarkan begitu sahaja. ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. ia tidak dijadikan untuk dirinya,atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsuru dalam alam ini. ia juga tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang2 berseronok. bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atatu panjang kemudian ditelan tanah,dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan..

sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah di bumi. ia memikulamanah terbesar dalam hidup yang pendek ini,amanah taklif dan tanggungjawab. manusia ditapis dengan dugaan dan digilap dengan tanggungjawab. dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain,iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung..

manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri,tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah. ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini,tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi dan ia dijadikan untuk selama-lamanya..

ada orang berkata: "si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang yang berakal makan kerana mahu hidup." pernyatan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup otu sendiri bukan satu tujuan,persoalan masih tetap ada, kenapa manusia hidup??

adapun para materialisme menjawab: " sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan mengecapi nikmat dunia."

manakala orang yang beriman menjawab: "manusia hidup hanya kerana tuhannya yang maha tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi." firman Allah: "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? dan kamu ( menyangka pula ) tidak akan dikembalikan kepada Kami? maka ( dengan yang demikian ) maha tinggi Allah menguasai seluruh alam,lagi yang tetap benar." ( al-mukminun: 115-116 )

alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya dengan orang yang hidup untuk tuhannya,diantara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat..

sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup..

dengan perkataan lain, "manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya. alangkah benarnya perkataan al-Quran: "katakanlah,matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja." ( al-nisaa': 7 )

Jumaat, Mac 19, 2010

PENCURI MENGAJAR AYAT KURSI..

Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah ra,katanya:

Rasulullah menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan ( zakat fitrah ). kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, " nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah"..

katanya, "saya memerlukan,kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat"..

kata Abu Hurairah: kerana itu saya lepaskan saja dia. esok pagi nabi bertanya, "hai Abu hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" jawabku,"ya Rasulullah,katanya dia sangat memerlukan,dan dia mempunyai keluarga. saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia"..

nabi bersabda,"sebenarnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi"..

saya pun yakin dia akan datang lagi,kerana kata2 Rasulullah itu,lalu saya intip dia. memang benar,dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. terus saya tangkap dia,sambil berkata,"nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah"..

katanya,"lepaskan saya.saya amat memerlukan dan saya mempunyai keluarga.saya tak akan buat lagi"..

saya berasa kasihan,lalu saya lepaskan dia. esok pagi2 Rasulullah bertanya saya, "hai Abu Hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab, ya Rasulullah,katanya dia sangat memerlukan dan dia mempunyai keluarga. saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia"..

nabi bersabda, "sebenarnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi"..

saya intip dia lagi untuk kali ketiga. memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. lantas saya menangkapnya dan berkata, " aku akan adukan engkau kepada Rasulullah. ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga"..

katanya,"lepaskan saya,nanti saya ajarkan kamu kalimah2 yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." kataku, "apakah kalimah itu?"..

jawabnya,"apabila kamu hendak tidur,bacalah ayat kursi,Allaahu laa ilaaha illa huwal haiyul qayyuum.. ( hingga akhir ayat 255 surah al-baqarah ). maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi"..

setelah itu saya pun lepaskan dia. esok pagi Rasulullah bartanya saya, "apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab, ya Rasulullah dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. kerana itu dia saya lepaskan..

nabi bertanya, "apakah kalimah itu?" jawabku, "dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir,dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi"..

nabi bersabda,"sesungguhnya dia telah benar kepadamu,padahal dia sangat pendusta. tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" jawabku, "tidak"..

sabda baginda, "itulah syaitan"..

Khamis, Mac 18, 2010

17 MAC 2009..

+ dah dapat tengok result..
dari hari isnin sampai hari ini bertungkus lumus turun naik pejabat KUIS..
setelah berjaya mendapatkan kelulusan penangguhan yuran dari timbalan rektor KUIS..
akhirnya berjaya melihat result.. ( 3.1 aje )
berjaya membuat pendaftaran kursus bagi semester 2 (short sem ) yang di nanti2kan..
tapi masih ada lagi baki tunggakan yuran yang perlu di selesaikan sebelum 7 minggu menjelang final exam.. ( Insyaallah )

+ test JPJ..
hari ini hari terakhir belajar memandu di AMN.. ( akademi memandu nilai )
cikgu driving school telah meluluskan aku dengan jayanya untuk ke stage yang seterusnya..
test JPJ 24 april.. ( selasa )
pun masih ada tunggaskan baki yang perlu dijelaskan sebelum tarikh test dengan JPJ..

+ kucing dah beranak..
pagi tadi comot (nama kucingku ) telah menunjukkan tanda2 untuk melahirkan anak..
tapi agak sedih + gembira dengan kelahiran anak comot..
anak yang dikandungnya ada 5 ekor..
tapi yang hidup hanya 2 ekor..
3 lagi telah mati di dalam kandungan..
sebenarnya doktor telah menasihatkan kami sekeluarga..
yang comot ni tak boleh mengandung..
kerana ada masalah di dalam saluran peranakan..
saluran peranakan rosak..
jadi comot telah di bawa ke segambut untuk menjalani pembedahan di pusat rawatan kucing pada petang tadi..
kami sekeluarga amat risau dengan keadaan comot..
anak2 nya yang mati kami terima dengan redha..
yang paling penting comot telah selamat di bawa pulang ke rumah selepas isya' tadi..

just ingin berkongsi..ALHAMDULILLAH atas segala yang telah berlaku hari ini..


Selasa, Mac 16, 2010

JANGAN USUNG GUNI BOCOR, PAHALA TAK DAPAT DOSA BERTERABUR!

"Keuntungan 300% dalam masa 15 bulan!" wah, banyaknya! labur rm1k dan dalam masa 15 bulan boleh dapat rm3k!
pasti ramai yang teruja untuk melabur dalam skim cepat kaya ini,kerana keuntungannya sangat lumayan. kita berasa ghairah untuk dapat keuntungan dunia yang berlipat kali ganda dan segera,tanpa banyak usaha. usaha sikit,untungnya banyaaak!

maka kita pun seperti biasa dari pagi bawa ke petang,dari petang bawa ke malam berfikir macam mana nak menambah rezeki dunia dengan cara paling mudah,cepat,pantas dan tanpa kene 'kapur'. tapi bagaimana dengan skim saham akhirat yang bukan saja dijamin halal,bersih,tak kene 'kapur',malah memberi keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda sehingga tidak terkira? tak ghairahkah kita? ghairahlah juga sikit2,tapi sebab hasilnya di akhirat,maka bagi kita ia masih dikira lambat,jauh dan tak segera!

jom kita main bayang2. bayangkan kita masuk saham rm1k untuk pembinaan sebuah surau. dalm masa setahun tegaklah surau tersebut. bayangkan surau tersebut digunakan untuk tujuan solat berjemaah,aktiviti pengajian fardu ain,majlis kebesaran Islam,bina iman dan bina insan selama berpuluh dan mungkin beratus tahun. selama sekian tahun itulah surau tersebut melahirkan sekian ramai mukmin yang sejati yang mendapat keredhaan Allah. bayangkan mukmin2 ini mengembangkan zuriatnya generasi demi generasi.

bayangkan segala usaha melahirkan insan ini sebahagiannya datang daripada rm1k yang kita laburkan. alangkah mahalnya rezeki Allah yang bernilai rm1k tersebut. bayangkan pada saat kita dah lama menjadi warganegara kubur ( di mana kita tidak lagi boleh membuat pahala ) tapi saham pahala dari surau itu terus mengalir kepada kita setiap masa dan ketika itulah yang dimaksudkan dengan saham akhirat. hebatkan?

bayangkan kalau pelaburan kita bernilai puluhan ribu ringgit dan dilabur bukan saja ke surau,tapi masjid,rumah anak yatim dan orang tua,sekolah agama dan tahfiz,yayasan kebajikan dan sebagainya,tentulah pahala yang akan kita kutip dan kumpul itu banyak...berguni-guni..tak terhitung agaknya..

tapi,kita kenalah pastikan guni tu tak bocor. macam pekebun yang hendak kutip hasil durian,kalau guni bocor macam mana hendak kutip hasil?

macam mana guni boleh bocor? guni bocor sebab kita abaikan solat. orang yang tak solat itu macam bawa guni bocorlah,macam mana hendak isi pahala ke dalamnya? amal pahala dan kebaikan yang kita buat walau banyak mana pun,tetap tidak masuk ke dalam akaun kalau kita abaikan solat. ingatlah,perkara pertama yang disoal sebaik jasad kita disemadikan di liang lahad ialah tentang solat! eh agak2 boleh jawab ke kita?

oleh itu,jagalah solat kita sungguh2 dan laburlah sebanyak-banyaknya dalam skim amal saham akhirat. anda dijamin untung berguni-guni..




Ahad, Mac 14, 2010

PERGI MUNGKIN TAK KEMBALI..

Terkenang pada zaman 60-an dulu,zaman atuk dan nenek naik kapal laut selama 2 bulan perjalanan untuk sampai ke pelabuhan Jeddah dan seterusnya ke Makkah..

perjalanan pergi dan balik ambil masa empat bulan. belum ambil kira masa mengerjakan haji yang pastinya lebih mencabar berbanding sekarang. kalau dalam perjalanan itu ada yang meninggal dunia,maka dasar lautlah menjadi kuburannya. pendek kata,semuanya susah dan payah. boleh kata semua jemaah yang nak berangkat tu merasakan saat pergi haji ni mungkin tak kembali lagi. jadi,mereka manfaatkan betul2 peluang haji. dan biasanya,apabila kembali ke tanah air mereka betul2 berubah..

terkenang lagi jauh ke kisah2 silam di mana kafilah2 dari serata ceruk rantau-timur jauh,asia tengah,afrika dan sebagainya mengambil masa bertahun untuk sampai ke Makkah dan mengerjakan haji. perjalanan dari merentasi padang pasir dan bukit cerun memang memeritkan. tapi,hasilnya memang sungguh manis..

sekarang ini,nak pergi haji memang cukup mudah. tiada kapal laut. yang ada hanya kapal terbang. lapan jam,dah sampai..

nak duduk hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi? selangkah aje keluar hotel dah jejak perkarangan masjid. bilal masjid iqamat aje,kita boleh terus turun hotel dan menyertai jemaah2 lain menunaikan solat. semuanya disusun baik untuk kita. dari soal penginapan,makan minum,jadual perjalanan dan jadual harian dan sebagainya. syaratnya satu aje...RM mesti penuh poket. yalah...sekarang ni RM main peranan besar dalam ibadah haji sehinggakan nak kucup Hajarul Aswad pada musim haji yang sarat dengan jemaah ( tak kira pada waktu dan saat mana ) pun boleh diatur. janji bayar. masya-Allah..

setelah selesai tawaf,jemaah akan membuat sa'ie antara bukit safa dan marwah. walaupun agak jauh ( dengan tujuh kali pusingan turun naik ), tapi semuanya air-cond. nyaman dan tak meletihkan..

umumnya orang kita ni,bila rasa2 nak buat U-turn dalam hidupnya,baru dia nak fikir nak buat haji. selagi tak rasa nak buat pusingan U,selagi itulah tak berniat nak buat haji..

kononnya pergi haji boleh membersihkan diri daripada dosa2 silam. comfirm bersih! balik Makkah nanti boleh fokus untuk buat baik aje sampai mati. itulah tipu daya syaitan. balik haji berpuluh-puluh kali pun,perangai tetap sama juga kalau niat haji tak betul2 lurus..

ada satu persamaan antara jemaah yang pergi naik haji dengan pemain2 bola sepak profesional. kedua-duanya perlukan stamina yang tinggi,fizikal yang tahan lasak dan bermotivasi..

jemaah haji kita agak tertinggal dalam aspek ini berbanding dengan jemaah luar. mereka ( jemaah lain ) sanggup berjemur dan berpanas berdiri solat,mengejar setiap inci pahala yang disediakan,sanggup berjalan kaki ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari bilik penginapan yang jauh semata-mata untuk bersolat jemaah. tapi orang kita kurang biasa dan lebih senang bersolat dan beriktikaf di bilik2 hotel dan markas masing2 daripada bersesak-sesak dan berpanas untuk solat di masjid..

tapi...kalau bab shopping atau window shopping,orang kita lebih tough dan lebih bermotivasi..

Jumaat, Mac 12, 2010

ADUH! MACAM MANA KITA? ( sambungan )

kisah 3..

saidatina Fatimah biasa menggunakan pengisar untuk mengisar biji-bijian menyebabkan kutil2 terdapat di tangannya. beliau mengangkat air ke rumahnya di dalam sebuah uncang kulit yang menyebabkan timbul parut2 di bahagian atas dadanya. beliau mencuci rumahnya seorang diri menyebabkan pakaiannya kotor..

"pergilah kau kepada Rasulullah dan pohonlah kepada baginda untuk mendapatkan seorang pembantu rumah," saran suaminya saidina Ali..

pendek ceritanya,setelah fatimah malu untuk bercerita, maka ali pun bersuara menceritakan hal fatimah. apa kata Rasulullah terhadap puteri kesayangannya itu?

"takutlah akan Allah wahai fatimah. perolehilah taqwa dan teruskanlah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja2 mengenai urusan rumahtanggamu. sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali. dengan ini dikau akan dapati ia lebih berguna daripada seorang pembantu.."

fatimah menjawab, "daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya."

kita,macam mana? letih penat seharian di pejabat,pulang saja ke rumah,kerenah anak2 sedang menunggu. kena pula mesin basuh atau periuk nasi meragam..

suami pula ringan mulut berkata, "ala,kan sabar tu separuh daripada iman." hmm...silap tarikh boleh tidur di luar rumah laki kita tu! tapi,sebelum tu sempatlah kita ucapkan 'bok bek bok bek' 33 kali, 'pot pet pot pet' 33 kali dan 'ngot nget ngot nget' 33 kali untuk dia..

kisah 4

suatu masa abu sufyan telah berdialog dengan zaid r.a yang sedang berdiri di tali gantung untuk menjalani hukuman gantung..

abu sufyan: "adakah dikau suka kiranya Muhammad dibunuh di tempat ini dan engkau dibebaskan untuk hidup bahagia disamping keluargamu?"

zaid: "demi Allah,tidaklah daku sanggup duduk dengan bersuka ria di samping keluargaku walaupun Rasulullah hanya dicucuk seonak duri.."

dalam hal ini menjelaskan tidak ada sesuatu pun di dalam dunia ini yang dapat dibandingkan dengan kasih sayang para sahabat terhadap Rasulullah..

kita,macam mana?...tepuk dada tanya 'selera'...


Khamis, Mac 11, 2010

ADUH! MACAM MANA KITA?

kisah 1..

Auf r.a bercerita: "saya bersama nabi pada suatu hari.selepas baginda bersugi dan berwuduk,baginda pun berdiri hendak menunaikan solat. saya pun turut bersama solat dengannya. dalam rakaat pertama,baginda membaca surah al-baqarah. baginda akan memohon rahmat Allah apabila bersua dengan ayat2 mengenai nikmat dan kurniaan Allah dan akan memohon keampunan semasa membaca ayat berkenaan dengan kemurkaan Allah. rukuk dan sujudnya saya kira sama panjang dengan qiamnya. dalam ketiga-tiga rakaat yang berikut,nabi membaca tiga surah selepas surah al-baqarah. tiap2 satu rakaat sama panjang dengan yang lain.

bacaan nabi yang ceritanya tersebut di atas berjumlah 1/5 daripada seluruh al-Quran. fikirkanlah tentang masa yang telah digunakan oleh nabi hanya untuk satu solat sahaja.

kita,macam mana? solat 4 rakaat,tunggang tonggengnya cukup sekadar 5 minit itu dipenuhi dengan kelalaian dan bacaan2 yang kita sendiri tak berapa nak faham maksudnya. dan itulah cara dan gaya yang kita kekalkan sejak puluhan tahun tanpa ada hasrat nak pelbaiki kualiti solat kita..


kisah 2..

nabi pernah bersabda: "tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menukar bukit bukau di Mekah menjadi emas. tetapi aku menadahkan tanganku kepadaNya sambil berkata: "ya Allah,aku suka makan pada 1 hari dan lapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuri nikmatMu apabila kenyang".

kita,macam mana? oh,tentu saja kitamengimpikan setiap apa yang kita sentuh,Allah tukarkan menjadi emas. agar dengannya kita boleh tukarkan pula menjadi wang berjuta-juta. agar dengannya boleh lah sebahagian kita sedekahkan ke rumah anak yatim,sebahagian lagi ke rumah orang2 tua,sebahagian lagi ke majlis kanser negara dan sebagainya..

aduh,hebatnya sifat pemurah kita. yalah...sebab belum dapat!

Isnin, Mac 01, 2010

POST-MORTEM AMALAN..


tiap kali masuk tahun baru,segala peristiwa pahit manis,kelat dan payau tersimpan dan terlipat sudah dalam gulungan tikar tahun sebelumnya.tapi jangan ingat semuanya sudah berakhir dan selesai. tak! amalan kita sama ada baik atau buruk tak berakhir begitu saja.ia tersimpan kemas dalam buku catatan amal, dan akan dibuka satu masa nanti..

ahli dunia (org yg cntakan dunia ) merayakan kedatangan tahun baru dengan segala macam pesta yang melalaikan.bagi mereka,kedatangan tahun baru maknanya bertambah setahun lagi umur mereka ( pnjg umur la tu ).bagi kita ahli akhirat ni,sepatutnya merayakan kedatangan setiap tahun baru dengan membuat muhasabah atau post mortem terhadap amalan tahun2 sudah.apakah ok dan membanggakan atau lebih terukdaripada tahun sebelumnya?

sebagai seorang wanita,sudahkah kita mematuhi sungguh2 perintah Allah dan Rasul?jika keluar rumah,sudahkah kita menjaga maruah kita dengan memastikan aurat ditutup betul2 menurut syariat?nak dapat 100% sempurna soalan2 di atas tu mungkin agak susah,tapi sepatutnya ada improvement tahun demi tahun..

takkan tudung bertambah bilangan dengan pelbagai fesyen dan warna tahun demi tahun,tapi aurat kita masih lagi terdedah terbiar tanpa ada usaha bersungguh nak tutup di hadapan bukan mahram!takkan kain telekung bertambah sampai 3,4 pasang,sejadah bertambah sampai 10 helai di rumah,Quran sampai 5,6 buah tersimpan di rak buku,tapi amalan dan kualiti solat kita tak jauh beza dengan saat kita baru akil baligh dulu.slow n steady macam itulah jugak.kitab al-Quran pun boleh dikira dengan jari sebelah tangan berapa kali kita pegang pada tahun lalu ( tp mjalah kgemarn kita x mampu dkira wlaupun dgn 10 tgn brp kali x kita pegang & beli tiap thn )

masuk tahun baru,sekurang-kurangnya berazamlah untuk buat langkah yang jitu dalam soal agama.kalau tahun demi tahun,kita asyik solat seorrang diri dalam bilik,tahun baru cubalah pula bentang sejadah belakang ayah,ibu,kakak atau abang untuk solat berjemaah.bukan saja pahalanya berganda sampai 27 kali,tapi fikirlah besarnya impak yang lahir daripada solat berjemaah tu,ruku' dan sujud bersama,dan mengaminkan doa2 yang dibaca..

tak pun kita jadi imam pada adik2.tak biasa?malu? ok,jadikanlah tahun baru sebagai tahun membuang segala sifat2 malu yang tak bertempat ni.semuanya faktor nak bermula.sekali kalau dah bermula,insya-Allah semuanya akan jadi biasa..

bagi yang belum bertudung atau bertudung ikut2 orang,maka jadikanlah detik ini sebagai permulaan kita bertudung betul2 ikut cara yang diluluskan oleh agama.fesyen2 jenis belit dan pintal tu lupakanlah.nak ikut fesyen bertudung kontemporari tu tak kisahlah,tapi pastikanlah melepasi piawaian yang telah ditetapkan syara'.kalau tidak,dapat dosa kering aje sewaktu kita bertudung,tapi kalau togel tanpa bertudung,lagilah tak patut!