Jumaat, Mac 19, 2010

PENCURI MENGAJAR AYAT KURSI..

Hadis sahih Bukhari,daripada Abu Hurairah ra,katanya:

Rasulullah menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan ( zakat fitrah ). kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, " nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah"..

katanya, "saya memerlukan,kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat"..

kata Abu Hurairah: kerana itu saya lepaskan saja dia. esok pagi nabi bertanya, "hai Abu hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" jawabku,"ya Rasulullah,katanya dia sangat memerlukan,dan dia mempunyai keluarga. saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia"..

nabi bersabda,"sebenarnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi"..

saya pun yakin dia akan datang lagi,kerana kata2 Rasulullah itu,lalu saya intip dia. memang benar,dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. terus saya tangkap dia,sambil berkata,"nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah"..

katanya,"lepaskan saya.saya amat memerlukan dan saya mempunyai keluarga.saya tak akan buat lagi"..

saya berasa kasihan,lalu saya lepaskan dia. esok pagi2 Rasulullah bertanya saya, "hai Abu Hurairah,apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab, ya Rasulullah,katanya dia sangat memerlukan dan dia mempunyai keluarga. saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia"..

nabi bersabda, "sebenarnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi"..

saya intip dia lagi untuk kali ketiga. memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. lantas saya menangkapnya dan berkata, " aku akan adukan engkau kepada Rasulullah. ini kali ketiga engkau kata tak akan datang lagi tetapi engkau datang juga"..

katanya,"lepaskan saya,nanti saya ajarkan kamu kalimah2 yang diberi manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." kataku, "apakah kalimah itu?"..

jawabnya,"apabila kamu hendak tidur,bacalah ayat kursi,Allaahu laa ilaaha illa huwal haiyul qayyuum.. ( hingga akhir ayat 255 surah al-baqarah ). maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi"..

setelah itu saya pun lepaskan dia. esok pagi Rasulullah bartanya saya, "apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" saya jawab, ya Rasulullah dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. kerana itu dia saya lepaskan..

nabi bertanya, "apakah kalimah itu?" jawabku, "dia mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir,dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi"..

nabi bersabda,"sesungguhnya dia telah benar kepadamu,padahal dia sangat pendusta. tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" jawabku, "tidak"..

sabda baginda, "itulah syaitan"..

Tiada ulasan: