Ahad, Februari 28, 2010

PEMBEBASAN BAITUL MAQDIS..

Khalifah Umar r.a melakukan solat 2 rakaat,tanda bersyukur atas nikmat besar yang dikurniakan Allah kepada umat Islam,iaitu berjaya membebaskan Baitul Maqdis,tempat Isra' Mikraj Rasulullah,dan Masjid al-Aqsa yang merupakan 1 antara 3 masjid yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menziarahinya. Rasulullah tidak pernah datang lagi ke tempat yang mulia ini setelah peristiwa Isra' Mikraj. Begitu juga Khalifah Abu Bakar r.a,di mana pada masa beliau memegang jawatan khalifah,tidak tercapai membebaskan dan melihat kota suci ini. Khalifah Umar r.a sangat beruntung kerana menyaksikan sendiri kota Baitul Maqdis dibebaskan..

Jumaat, Februari 26, 2010

KETOKOHAN,KERENDAHAN DIRI DAN KEADILAN AMIRUL MUKMININ..

Perjalanan dari Jabiyah (tempat menandatangani perjanjian) perlu ditempuh selama berhari-hari. Selain jaraknya yang jauh,jalannya menempuhi laluan yang agak sukar. Umar r.a bertolak ke Jerusalem dengan seorang pembantunya. Mereka bergilir-gilir menaiki kuda. Apabila hampir tiba di Jerusalem,kebetulan giliran pembantu Umar r.a menaiki kuda dan beliau menarik tali pedati kuda. Maka pembantu beliau berkata, "wahai amirul mukminin,lebih baik anda menaiki kuda dan hamba menarik tali pedati tersebut."


Namun Umar r.a tetap bertegas untuk mengikut gilirannya. Sementara itu,pembesar2 Kristian dan penduduk Jerusalem yang menanti ketibaan Umar r.a dan mengandaikan beliau akan tiba dengan satu rombongan yang besar dan hebat sehebat namanya. Amat terkejut apabila sangkaan mereka meleset kerana Umar r.a hanya ditemani seorang sahaja pembantunya,setibanya di Jerusalem.


lebih mengharukan,mereka melihat Khalifah Umar yang menarik tali kuda dan ditunggang oleh hambanya.Patriarch Syarafniyus sambil menangis berkata kepada Umar r.a, "kalau beginilah kamu,sesungguhnya kerajaan kamu tidak akan tewas."


Umar lantas menjawab, "sesungguhnya keadaan kita adalah seperti roda,adakalanya di atas dan adakalanya di bawah." Mereka menghormati Khalifah Umar kerana kelembutan kata2nya,keadilan dan kesungguhannya melaksanakan isi perjanjian yang baru sahaja dibuat. Penduduk Jerusalem merasa diri,harta benda dan agama serta gereja2 mereka kini dalam keadaan aman. Mereka merasakan perbezaan yang jelas antara keadilan Khalifah Umar denagn semua Kaisar yang datang sebelumnya. Setelah selesai upacara sambutan,Khalifah Umar serta rombongan beristirehat untuk pertemuanseterusnya pada pagi esoknya..

Ahad, Februari 21, 2010

NO. 7

alhamdulillah..
masih ada ruang untuk bernafas dan berkongsi..



pada 18 feb yang lalu sekolah kami telah menyertai pertandingan nasyid peringkat zon cheras..
alhamdulilah belum menang lagi..huhu..
tapi dapat no.7 dari 15 sekolah..





gambar yang atas ini diambil sebelum pertandingan bermula..
kami duduk di tempat yang paling hadapan sekali..
sebab kami dapat cabutan yang pertama..hehe..
ustat tahu kamu semua tengah nerves time ni..




persembahan bermula..
alhamdulilah semua berjalan dengan baik dan berkesan..
walaupun ada sedikit kesilapan,tapi tak apa..
teringat kata2 ustat ikmal kat aku, "smua ok,gaya smua xde masalah.puas hati.lg ok dari training sblm2 ni."


ustat ikmal,ustat firdaus
syasya,amelia,hidayah,aisyah,syafiqah,aida
dezaida,humairaa',izzatul,amalina


walaupun kita belum menang lagi..
tapi kamu semua masih boleh tersenyum..
inilah semangat yang ustat mahukan dari anak2 murid S.R.A.K.U..
tahniah atas segala usaha kamu semua..
in-allah ada rezeki kita cuba buat yang lebih terbaik pada IHTIFAL ZON bulan April nanti..

banyak pengajaran & pengalaman yang aku dapat sepanjang sesi latihan selama 1 minggu..

Khamis, Februari 18, 2010

TEKS PERJANJIAN PERDAMAIAN ANTARA PENDUDUK JERUSALEM DENGAN KHALIFAH UMAR IBN KHATTAB R.A..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar Ketua Negara Islam,kepada rakyat Iliya'. Dia menjamin mereka akan keamanan diri,harta benda,gereja2,salib2,yang sakit mahupun yang sehat dan semua aliran agama mereka. Tidak boleh mengganggu gereja mereka mahupun mencerobohinya,mengurangi mahupun menghilangkan sama sekali,demikian pula tidak boleh mengganggu salib dan harta benda mereka sama sekali. Tidak boleh memaksa mereka meninggalkan agama dan tidak boleh mengganggu mereka. Tidak dibolehkan bagi penduduk iliya; untuk memberi tempat tinggal kepada orang Yahudi.

Mereka wajib membayar jizyah (cukai kepala), seperti orang Madain (penduduk Iraq). Mereka wajib mengusir orang Romawi sebagai pencuri. Apabila mereka (orang Romawi) ingin meninggalkan Jerusalem secara sukarela,mereka akan dilindung sehingga ke perbatasan,tetapi apabila mereka ingin tetap tinggal bersama rakyat Iliya',diharuskan membayar jizyah seperti rakyat Iliya'. Dibenarkan bagi penduduk Iliya' yang berminat meninggalkan (tempatnya) pergi bersam-sama bangsa Romawi dengan membawa harta bendanya,mengosongkan tempat peribadatannya dan salib2nya dan akan dilindungi hingga ke perbatasan yang dianggap aman.

Orang lain yang ingin tinggal diwajibkan memebayar jizyah seperti rakyat Iliya'. Dibenarkan sesiapa yang akan pergi bersama-sama orang Romawi dan sesiapa yang kembali ke Iliya' untuk tinggal bersama-sama ahli keluarganya,tidak akan dipungut ke atas mereka jizyah hingga mendapat hasil. Perjanjian ini akan dilindungi oleh Allah s.w.t dan dijamon oleh Rasul-Nya serta dilaksanakan oleh para Khulafa dan ditaati oleh kaum Muslimin,selama mereka membayar jizyah sebagai kewajipannya..

dipetik dari buku Memburu Menang atau Syahid "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR" fatwa kontemporari dan penyelesaiannya.

Selasa, Februari 16, 2010

TERMETERAINYA PERUNDINGAN DAMAI ANTARA PATRIARCH SHAFARNIYUS DENGAN KHALIFAH UMAR IBN AL-KHATTAB R.A..

Tidak berapa lama berada di Jabiyah,datang beberapa orang pegawai tinggi utusan Partriarch ke Jerusalem untuk melaksanakan perjanjian damai yang mereka usulkan kepada Khalifah Umar.Pegawai tersebut disambut dengan baik dan berlakulah upacara menandatangani perjanjian tersebut yang disaksikan oleh panglima2 perang Islam,baik bahagian sebelah utara mahupun selatan.

Iliya' adalah nama yang masyur bagi Jerusalem ketika itu. Setelah selesai upacara menandatangani perjanjian perdamaian,Khalifah Umar dengan disertai dua panglima iaitu Syurahbil dan Amru al-Ash berangkat menuju ke Baitul Maqdis untuk memenuhi undangan Partriarch dan menerima penyerahan kunci Kota Jerusalem. Lebih penting daripada itu bagi Khalifah Umar ialah melakukan ziarah ke Masjid al-Aqsa seperti yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w.

KEBERANGKATAN KHALIFAH UMAR IBN AL-KHATTAB R.A KE JERUSALEM..

Setelah mendapat sokongan daripada para sahabat di Madinah,Khalifah Umar r.a berangkat bersama-sama denagn sebuah pasukan yang akan dibantu di bahagian sebelah selatan menuju Jabiyah.Sebagai pengganti Khalifah di Madinah,maka dilantik Saidina Ali r.a yang ketika itu banyak memberikan saranan2 positif di atas keberangkatan Khalifah Umar r.a memenuhi permintaan penduduk Jerusalem untuk hadir di Baitul Maqdis.

Setelah sampai di Jabiyah,Khalifah Umar r.a,disambut oleh panglima2 perangnya denagn berpakaian mewah hasil rampasan dari pasukan Romawi Byzantium yang telah dikalahkan. Melihat penampilan para panglimanya yang sebegitu rupa,Khalifah Umar r.a tidak lansung menunjukkan kegembiraan,sebaliknya raut wajahnya jelas kelihatan yang beliau amat marah. Khalifah Umar menyangka bahawa pasukannya telah terpedaya oleh kemewahan dunia sepertimana yang telah berlaku kepada pasukan Romawi,tetapi setelah mereka perjelaskan kepada Khalifah bahawa yang dipakai itu ialah sejenis senjata perang (perlengkapan perang),barulah wajah beliau berubah bangga..

Isnin, Februari 15, 2010

HUHUH....

hari ini tak sehat la pulak..
selsema,sakit tekak,pening kepala..
yang lain boleh handle,tapi selsema ni je agak kacau sikit..
mengalir bak paip yang dah kehausan getahnya..huhu..
moga2 ini adalah penghapus di atas sedikit dari dosa2 kecil ku..amin..

hari ini,dalam tak sehat pergi berjalan la jugak..
pergi PAVILION..
bawak 2 orang adik kesayangan jalan2..
saja nak habiskan masa cuti raya cina diaorang..
jam 6.30 petang sampai je rumah terus overdos..
makin teruk selsema ni..huhu..

macam2 gelagat ada kat sana..
macam2 kerenah ada kat sana..
tapi dalam masa yang sama di dalam hati ini berasa sedikit kekesalan..
wanita melayu ISLAM dari remaja hingga dewasa semakin maju dan sama naik dengan yang ada di negara barat @ non muslim di Malaysia ini dalam bab berpakaian..

teringat pada anak2 murid ku di sekolah..
adakah kamu semua akan mewarisi generasi remaja dan dewasa yang ada pada hari ini?
adakah kamu semua akan meneruskan warisan @ budaya sonsang remaja dan dewasa yang ada pada hari ini?


tak larat dah ni..stop dulu..dah lenjun sapu tangan ni ha..lu pikir la sendiri..huhuh..




Ahad, Februari 14, 2010

PERMINTAAN PENDUDUK JERUSALEM..

Berbeza dengan Perjanjian2 perdamaian yang dibuat sebelumnya yang mana ianya cukup lengkap dengan panglima2 perang di bahagian masing2,penduduk Jerusalem di bawah pimpinan Patriarch Shafarniyus ingin membuat perjanjian terus dengan Khalifah Umar Ibn al-Khattab r.a dan memohon kehadiran khalifah yang terkenal adil dan bijaksana itu ke Jerusalem untuk menerima penyerahan kunci kota suci itu secara rasmi.


Terdapat 2 riwayat mengenai siapa yang menulis surat kepada Khalifah Umar bagi menunai permintaan penduduk Jerusalem untuk berdamai.Ada yang mengatakan surat itu datang daripada Amru Ibn al-Ash (panglima di sebelah selatan yang mengepung Kota Jerusalem) dan riwayat lain mengatakan bahawa surat tersebut ditulis oleh Abu Ubaidah (panglima di sebelah utara yang dipindahkan oleh Khalifah Umar ke sebelah selatan). Namun,satu perkara dalam peristiwa ini yang mendapat kesepakatan ahli sejarah,iaitu perjanjian perdamaian tersebut dilakukan di suatu tempat yang disebut "Jabiyah" yang terletak di utara Yarmuk,iaitu kira2 200km dari Jerusalem..

Sabtu, Februari 13, 2010

PEMBUKAAN KOTA BAITULMAQDIS..

Peristiwa ini terjadi pada tahun 15 hijrah bersamaan 636 Masihi,bilamana pasukan2 tentera di awah panglima perang masing2 yang terkenal seperti Khalid Ibn Walid,Ubaidah,Amru Ibn Ash,Syarahbil Ibn Hasanah,Ikrimah Ibn Abi Jahl,Yazid Ibn Abi Sufyan,Qa'qa' dan lain2 berjaya memebebaskan daerah2 penting Syam (kini Palestin,Jordan & Syria) yang diduduki oleh pasukan2 Romawi Byzantium.

Ketika itu pasukan Islam di sebelah selatan yang dipimpin oleh Amru Ibn al-Ash dan Syarahbil Ibn Hasanah masih tetap mengepung Jerusalem dari setiap penjuru,terutama dari arah laut tengah.Pasukan Islam diperkuatkan lagi oleh beberapa bantuan dari Madinah,antara lain pasukan yang dipimpin oleh Mu'awiyah Ibn Abi Sufyan.Hasil daripada pengepungan yang berlansung lebih 4 bulan itu,akhirnya Rom Byzantium yang berada di dalam Kota Jerusalem menyerah kalah dan penduduk Iliya' (nama Jerusalem ketika itu) yang dipimpin oleh tokoh agama Kristian Patriarch Shafarni ingin mengadakan perjanjian damai dengan pemerintah Islam,seperti daerah2 lainnya yang sudah dibebaskan sebelumnya..

...

huh..
penat nya la..
baru balik main futsal..
puas sangat2 walaupun tak cukup orang..
padahal kaki tengah lenguh gila2 punye..
redah je..
yang penting dapat lepas gian..
yang penting dapat lenjunkan baju..hehe..

siang tadi punya citer agak bewarna la jugak..
ada lagi budak nasyid yang kena marah..
kali ni aida pulak..
aida,jawapan kamu tadi agak seram2 menyirap la jugak..
tapi ustat cube kawal..
maafkan ustat ye..
maafkan ustat semua anak2 murid ku..
ustat tak sengaja..
alhamdulilah..
kamu semua dah boleh dikira perfect..
cuma mantapkan lagi..
semangat lagi..
harapan ustat,hanya pada hari khamis nanti..
kamu semua bagi perfom all out ye..
in-allah..

kamu2 semua tak tau kan siang tadi sebenarnya kaki ustat sakit sangat..
lenguh sangat2..
kalau kamu2 semua nak tahu,ustat memang tak boleh tahan kalau kaki lenguh..
tapi tadi demi kamu semua,ustat tahan jugak..
ustat buat macam tak ada apa2..
semuanya sebab nak kamu semangat..
semangat macam ustat..

cume ustat nak mintak maaf kat kamu2 semua..
sepanjang kita berlatih,ustat banyak bagi tekanan..
ustat cume mahukan 1 tujuan..
mahukan kamu semua semangat..
mahukan kamu semua bersunguh2..
mahukan yang terbaik dari kamu semua..
dan yang paling penting mahukan kajayaan bersama..
supaya usaha kita selama seminggu tidak sia2..

man jadda wajada..

Khamis, Februari 11, 2010

SAKIT KEPALA..

sakit kepala..
sekarang tengah berdenyut2 sakit kepala otak ni..
tapi gagahkan jugak untuk menulis..
geram pun ada, tapi sabar je..

hari ni macam2 peel ada..
semua hal budak2 nasyid..
dengan amelia menangisnya..
dengan humaira' congga lari tone..
dengan amalina badmood time sesi petang tadi..
dengan ada lagi yang masih main2..
macam2 hal la..

ustat tau kamu semua penat sebab hari ni training dari pagi..
ustat paham tu semua..
tapi cuba kamu semua paham ustat jugak..
cube paham ustat pun penat jugak..
penat sangat..penat dengan kerenah kamu semua..

ustat cume nak semangat dari kamu semua..
ustat cume nak series dari kamu semua..
ustat nak kamu semua fokus..
tu je..susah sangat ke?

tuhan je yang tau dalam hati ni geram kat kamu semua..
risaukan kamu semua..
tp kamu semua rileks je..
macam xde apa2 berlaku..

esok,tolong bagi all out untuk ustat..
untuk ustat ikmal..
tu je harapan kami..

sabar itu separuh daripada iman..

Selasa, Februari 09, 2010

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG MUSLIM..



Rasulullah SAW bersabda:

"Islam ditegakkan atas 5 rukun,

(1) bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah,

dan Muhammad adalah utusan Allah,

(2) mendirikan solat ( fardu 5 kali sehari semalam ),

(3) puasa ramadhan, (4) menunaikan zakat,

(5) menunaikan ibadah haji ke tanah suci di Mekah,bagi yang mampu.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Berikut adalah beberapa pecahan tanggungjawab seorag muslim dalam mencari keredhaan Allah SWT di samping mendapatkan kasih sayang manusia. Setiap muslim bertanggungjawab menjauhkan dirinya dan kaum keluarganya daripada azab kubur dan neraka..

  • Tanggungjawab Kepada Allah
  • Tanggungjawab Kepada Rasulullah
  • Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
  • Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri
  • Tanggungjawab Kepada Ahli Keluarga
  • Tanggungjawab Kepada Sesama Muslim
  • Tanggungjawab Kepada Jiran
  • Tanggungjawab Menegakkan Agama Allah & Mempertahankan Negara

Isnin, Februari 08, 2010

AL-KISAH...

Alhamdulilah..
masih ada ruang untuk ku bernafas..
masih ada ruang untuk ku berkongsi..

sabtu & ahad semalam aku lalui dengan tenang..
walaupun penat,tapi puas hati..sebab apa?
sebab final exam dah setel..
aku kembali tenang..
kembali yakin..
semangat baru sedang menanti..
aku tak sabar..
untuk meneruskan episod kehidupan..
bersama semangat yang baru..

hari ini..
hari isnin..
lain pulak ceritanya..
ada tugas baru yang aku perlu fokus..
latihan nasyid..
latih budak2 nasyid..
budak2 darjah 6 syafie sra kasyful ulum..
kelas aku sendiri..hehe..
tapi budak2 ni buat orang risau je..
macam2 peel ada tadi..
sabar je la..

AIDA..
kamu buat ustat risau.harap2 esok kamu lebih konfiden..

AMALINA & IZZATUL..
konfiden dah ada.suara pun dah dengar.tapi tak tau la pulak esok..

SYASYA,DEZAIDA,HIDAYAH,AMELIA & SYAFIQAH..
maybe dalam mulut kamu b'5 ada emas.hehe..esok sebelum datang sek,simpan emas tu kat umah k. ustat harap esok dapat dengar suara kamu2..

HUMAIRA'..
kamu pun sama macam aida,buat ustat risau.jangan lembik sangat.redah je..

AISYAH..
esok datang ye.jangan tak datang lagi..

kamu2 semua jangan buat ustat risau & pening..
kamu semua boleh,sebab tu ustat konfiden pilih kamu semua..


Rabu, Februari 03, 2010

RUKUN ISLAM..

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna..


MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

" Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNYA" Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhnya..


SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Dengan solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun solat yang diajarkan oleh Nabi..


BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak lansung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH..


MENGELUARKAN ZAKAT

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama..


MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup..

Isnin, Februari 01, 2010

MESTI KE ORANG SUKA KITA?

macam mana kita nak tahu kita ni disukai dek orang?
macam mana?
susah,kan?
apa? kalau orang senyum kat kita,tentu orang tu suka kat kita?

belum tentu lagi. belum tentu semua orang yang senyum kat kita tu suka kat kita..
kadang2 orang senyum dalam sindiran..
dalam benci..
dan dalam menyampah..

kan dalam dunia ni macam2 manusia ada..
macam2 peel..
yang pelik..
yang aneh..
yang ajaib memang banyak..

kita boleh assume semua orang suka pada kita..
dan kita jugak tak boleh assume semua orang benci pada kita..
jadi, lantaran susah nak tahu..
kita buat tak tahu je..
yang kita tahu,kita buat baik dan berbaik dengan semua orang..
orang nak benci..
nak menyampah..
nak sakit hati..
itu biarkan..
yang kita tahu,kita tak buat macam tu pada sesiapa..

sebagai muhasabah diri sendiri..
yang baik datangnya dari Allah & yang buruk datangnya dari diriku sendiri..