Khamis, Februari 18, 2010

TEKS PERJANJIAN PERDAMAIAN ANTARA PENDUDUK JERUSALEM DENGAN KHALIFAH UMAR IBN KHATTAB R.A..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Inilah perdamaian yang diberikan oleh hamba Allah Umar Ketua Negara Islam,kepada rakyat Iliya'. Dia menjamin mereka akan keamanan diri,harta benda,gereja2,salib2,yang sakit mahupun yang sehat dan semua aliran agama mereka. Tidak boleh mengganggu gereja mereka mahupun mencerobohinya,mengurangi mahupun menghilangkan sama sekali,demikian pula tidak boleh mengganggu salib dan harta benda mereka sama sekali. Tidak boleh memaksa mereka meninggalkan agama dan tidak boleh mengganggu mereka. Tidak dibolehkan bagi penduduk iliya; untuk memberi tempat tinggal kepada orang Yahudi.

Mereka wajib membayar jizyah (cukai kepala), seperti orang Madain (penduduk Iraq). Mereka wajib mengusir orang Romawi sebagai pencuri. Apabila mereka (orang Romawi) ingin meninggalkan Jerusalem secara sukarela,mereka akan dilindung sehingga ke perbatasan,tetapi apabila mereka ingin tetap tinggal bersama rakyat Iliya',diharuskan membayar jizyah seperti rakyat Iliya'. Dibenarkan bagi penduduk Iliya' yang berminat meninggalkan (tempatnya) pergi bersam-sama bangsa Romawi dengan membawa harta bendanya,mengosongkan tempat peribadatannya dan salib2nya dan akan dilindungi hingga ke perbatasan yang dianggap aman.

Orang lain yang ingin tinggal diwajibkan memebayar jizyah seperti rakyat Iliya'. Dibenarkan sesiapa yang akan pergi bersama-sama orang Romawi dan sesiapa yang kembali ke Iliya' untuk tinggal bersama-sama ahli keluarganya,tidak akan dipungut ke atas mereka jizyah hingga mendapat hasil. Perjanjian ini akan dilindungi oleh Allah s.w.t dan dijamon oleh Rasul-Nya serta dilaksanakan oleh para Khulafa dan ditaati oleh kaum Muslimin,selama mereka membayar jizyah sebagai kewajipannya..

dipetik dari buku Memburu Menang atau Syahid "PALESTIN TAK PERNAH GENTAR" fatwa kontemporari dan penyelesaiannya.

Tiada ulasan: