Ahad, April 11, 2010

DAPATKAH KITA MENOLAK TAKDIR DENGAN BERNAZAR?

Ada orang yang menganggap mereka dapat menolak bala dan mendatangkan kebaikan dengan bernazar. ada orang yang berkata," aku bernazar kepada Allah,aku akan menyembelih seekor lembu sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku atau pun memberikanku seorang anak ataupun menyelamatkan aku dan sebagainya ".

nazar itu tidak dapat menolak keburukan ataupun mendatangkan kebaikan. kepercayaan pada nazar adalah suatu kepercayaan yang salah. kita tidak boleh berkata, " aku terhindar daripada bencana itu ataupun aku mendapat kebaikan ini berkat nazarku ".

maksudnya,nazar itu tidak dapat mendatangkan apa2 kebaikan kepada orang yang bernazar selama Allah belum menetapkan sesuatu hal itu untuknya. nazar itu juga tidak dapat memalingkan daripada apa2 keburukan yang Allah tetapkan.

Nabi Muhammad menegaskan hal ini dalam hadis berikut:

"nazar itu tidak mendatangkan sesuatu yang belum ditetapkan bagi anak adam. sesungguhnya,segala sesuatu yang berlaku adalah apa yang Allah takdirkan baginya."
( hadis laporan Mutafaq alaih )

oleh itu nazar adalah makruh dan kita tidak boleh bernazar apabila kita menginginkan sesuatu. Allah juga melarang kita bernazar kerana bernazar,kita meletakkan syarat kepada Allah supaya Allah memberi kebaikan ataupun menghindarkan keburukan. hal itu adalah suuzh zhon iaitu berburuk sangka kepada Allah.

Al-Hakim di dalam kitab al-Mastadrak melaporkan dengan sanad yang sahih daripada Said bin al-Harits,"sewaktu aku sedang bersama Umar bin Mu'ammar di negeri Parsi,berleluasa wabak kolera yang dashsyat. lalu,aku berjanji kepada diriku seandainya Allah menyelamatkan anakku daripada penyakit itu,aku akan berjalan ke Baitullah. namun tidak lama selepas itu, annakku jatuh sakit dan meninggal.aku bertanya kepada Umar,apakah pendapatnya dalam hal itu. Ibnu Umar berkata,"bukankah Allah melarang kita bernazar? sesungguhnya Nabi Muhammad mengatakan nazar itu tidak dapat mempercepatkan sesuatu dan tidak juga mengakhirkannya".

dipetik dari buku Dahsyatnya Doa Ibu - SYAMSUDDIN NOOR

Khamis, April 08, 2010

BENIH YANG MENERBITKAN 700 BUAH..

Ayat2 al-Quran ayat 261 hingga 265 surah al-baqarah,mengenai ganjaran yang sangat besar dari Allah untuk orang yang bersedekah dan berbelanja di jalan Allah. maksudnya seperti berikut:

perumpamaan orang yang membelanjakan hartabenda mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai,yang tiap2 tangkai itu mengandungi seratus biji. dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah adalah maha luas lagi mengetahui. ( 261 )

orang2 yang membelanjakan hartabenda mereka pada jalan Allah,kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mengungkit-ungkit dan tidak pula menyakiti,mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka dan tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak akan berduka. ( 262 )

kata2 yang makruf dan memaafkan adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan menyakiti dan Allah adalah maha kaya lagi amat penyabar. ( 263 )

wahai orang2 beriman! jangan rosakkan sedekah kamu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti,seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. perumpamaan orang ini laksana batu licin yang di atasnya ada tanah,kemudian ditimpa hujan lebat lalu jadilah ia bersih licin. mereka tidak berdaya sesuatu pun atas apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. ( 264 )

dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartabenda mereka kerana mengharapkan keredhaan Allah dan untuk meneguhkan keyakinan jiwa mereka adalah laksana sebuah kebun di tempat tinggi yang ditimpa hujan lebat maka hujan renyai2 pun memadai. dan Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan..( 265 )

Sabtu, April 03, 2010

BURUNG PATAH SAYAP ATAU SEHAT??

Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa denagn Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya, "bagaimana mulanya sehingga kamu jadi demikian?" Syaqiq menjawab, "aku melalui sebuah padang pasir. ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya disitu. maka aku berkata: cuba lihat dari mana dia mendapatrezeki. lalu aku memerhatikannya. tiba2 ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. maka aku berkata: sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada. maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan beribadah."

Ibrahim berkata: "mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sehat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu? tidakkah engkau mendengar Rasulullah bersabda: " tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah"? sepatutunya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya..

kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"..

Jumaat, April 02, 2010

DOA ADALAH OTAK IBADAH..

Doa tidak sekadar menjadi ibadah tetapi ia juga menjadi otak ataupun inti ibadah..

Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. oleh sebab doa adalah otak ataupun inti ibadah,setiap ibadah tanpa doa bagaikan buah tanpa isi ataupun umpama jasad yang tidak memiliki otak yang waras..

oleh itu,Allah memerintahkan manusia berdoa kepadanya dan mengatakan orang yang enggan berdoa adalah mereka yang sombong di hadapanNya. alangkah buruknya manusia yang sombong di hadapan Allah. bagaimana seorang hamba yang lemah dan hina sanggup bersikap sombong di hadapan Allah hingga tidak mahu berdoa kepada zat yang mencipta dan memberikan rezeki kepadanya,yang menghidupkan dan mematikannya,serta yang memberi pahala dan seksaan kepada seluruh umat manusia? tidak diragukan lagi,kesombongan seperti itu adalah gejala ataupun bibit kekufuran manusia atas segala nikmat yang Allah berikan kepadanya..

dipetik dari buku Dahsyatnya Doa Ibu - SYAMSUDDIN NOOR

Khamis, April 01, 2010

RAHSIA DAHSYATNYA DOA..

Imbang PenuhMungkin ada antara kita yang menganggap doa itu remah,padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya. ia mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin,menjadi mungkin. berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripadanya kerana Allah yang memiliki segala-galanya. apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa,segalanya menjadi mudah seperti membalikkan tapak tangan. Allah maha berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memihin daripadanya,di mana sahaja dan pada bila2 masa..

oleh sebab itu percayalah,doa itu pasti memberikan manfaat bagi sesiapa sahaja. orang yang berdoa tidak pernah rugi. malah,doa itu dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa..

apakah rahsia doa? kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. antara manfaat doa adalah seperti berikut:


1) doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah

2) doa adalah intipati ibadah. ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi

3) doa itu mulia disisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia

4) doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya

5) doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman


lima keistimewaan doa di atas dapat mewujudkan kedahsyatan ataupun keajaiban doa. apalagi apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat terkabul. doa seperti itu terus menenbus langit dan sampai ke Arasy. maksudnya,Allah dengan segera mengabulkannya. dalam Quran kita dapat melihat keajaiban doa seperti itu iaitu doa para nabi dan orang soleh,doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya..

dipetik dari buku dahsyatnya doa ibu - SYAMSUDDIN NOOR