Sabtu, April 03, 2010

BURUNG PATAH SAYAP ATAU SEHAT??

Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa denagn Syaqiq al-Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya, "bagaimana mulanya sehingga kamu jadi demikian?" Syaqiq menjawab, "aku melalui sebuah padang pasir. ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya disitu. maka aku berkata: cuba lihat dari mana dia mendapatrezeki. lalu aku memerhatikannya. tiba2 ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. maka aku berkata: sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberiku rezeki di manapun aku berada. maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan beribadah."

Ibrahim berkata: "mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sehat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu? tidakkah engkau mendengar Rasulullah bersabda: " tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang dibawah"? sepatutunya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya..

kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq"..

Tiada ulasan: