Rabu, Januari 20, 2010

HEBATNYA KUASA MAAF..

Kuasa maaf memang hebat. Anda percaya tak?
Buatlah salah apa pun,kalau mintak maaf,dapat.
Kalau tak dapat? kalau tak dapat sekarang,lama-lama dapat jugak.Percayalah..

Itulah satu-satunya senjata orang yang bersalah,iaitu meminta maaf.
Tapi bukan semua kesalahan boleh padam dengan meminta maaf, sesetengahnya kene hukum jugak.
Selesai hukuman barulah maaf diberi.
Tujuannya nak bagi pengajaran,kalau tak habis semua orang jadikan minta maaf berselindung daripada kesalahan yang sengaja dibuat.

Apa-apa pun kuasa maaf besar sekali dalam hidup kita.
Ambillah kesempatan meminta maaf setiap kali hari raya.
Cube buat senarai panjang siapa-siapa yang kita pernah mempunyai masalah dengan dia.
Tiba hari raya,carilah si dia dan minta maaf.
Kalau dia tak maafkan,bayar untuk dapatkan maaf tu.
Lebih baik kita bersusah-susah sikit 'di sini' daripada bersusah-susah 'di sana'. 'Disana' tu,faham? Akhirat..

''Jalan-Jalan ke rumah Manaf,di rumah Manaf berbuka puasa.Kalau bersalah mintalah maaf,maaf-bermaafan menghapus dosa."

Tiada ulasan: