Ahad, Januari 09, 2011

LELAKI BERSALAMAN DENGAN WANITA?


Akhir2 ini,umat Islam amat longgar pegangannya dengan hukum Allah,baik hukum yang kecil mahupun hukum yang besar termasuk hukum bersalaman.Ada yang mempertikaikan hukum Allah sehingga wujud orang yang berhujahkan dengan niat yang baik,darurat dan selamat daripada fitnah,maka hukum bersalam wanita dan lelaki adalah harus..


Sebenarnya para ulama bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.Seorang tokoh mazhab syafie yang disegani,Imam Nawawi menegaskan:


"Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya,atau ketika urusan jual beli,atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam situasi berkenaan"


Ummu Mukminin Aisyah pernah bersumpah menafikan Nabi pernah menyentuh tangan wanita dalam baiah peristiwa hijrah..


Memang benar masih ada segelintir yang berhujah terdapat ulama yang mengharuskan bersalaman dengan wanita ajnabi.Namun keharusan itu bukan secara mutlak iaitu harus bersalaman dengan mana2 wanita ajnabi tanpa mengambil kira apa2 situasi.Tetapi keharusannya hanya dalam keadaan darurat dan aman fitnah..


Kaedah fiqah ada menyebut,darurat hendaklah diukur mengikut kadarnya (yakni kadar darurat tersebut)


Apakah dalam suasana Malaysia sebuah negara yang mempuyai nisbah umat Islam yang begitu ramai masih berada dalam keadaan darurat? Umat Islam di negara kita perlu dilatih melaksanakan perintah Allah dan Rasul walaupun sekecil mana hukum tersebut pada anggapan mereka.


Oleh itu,bagi kita umat Islam,tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w..

Tiada ulasan: