Khamis, Januari 08, 2009

KISAH SEBELUM...



Bismillah..
Assalamualaikum..


GENCATAN SENJATA GAZA ANTARA HAMAS & ZIONIS..

Pergerakan HAMAS dan pihak2 pimpinan Palestin bersetuju mengadakan genjatan senjata dengan penjajah ZIONIS di Palestin.Genjatan senjata tersebut yang ditaja oleh Mesir antara lain mengandungi persetujuan pembukaan semula semua laluan sempadan Gaza dan mengadakan perbincangan dalaman atau dialog secara bersemuka dengan pergerakan FATAH dan pihak2 pimpinan Palestin di Kaherah Mesir.Kedua-dua belah pihak iaitu Palestin dan ZIONIS bersetuju melaksanakan genjatan senjata pada peringkat awal selama 6 bulan yang akan bermula pada pukul 6 pagi Khamis 19 Jun 2008.Bermula dari tarikh tersebut,pihak ZIONIS tidak boleh melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan HAMAS juga tidak boleh melancarkan seranagn terhadap Israel.Pihak HAMAS dan semua pergerakan pro HAMAS akan terus menepati segala persetujuan yang telah dibuat rentetan genjatan senjata tersebut selama mana pihak ZIONIS tidak melanggarinya..

Walaupun genjatan senjata dipersetujui oleh HAMAS,ia tidak bermakna pergerakan tersebut mengiktiraf kewujudan Israel yang menjajah bumi Palestin.Sebaliknya ia merupakan satu kekalahan pihak Israel dan pengiktirafan mereka terhadap kerajaan HAMAS.Semenjak kemenangan HAMAS dalam pilihanraya awal tahun 2006,Israel dan sekutunya Amerika menafikan kemenangan HAMAS dan tidak mengiktiraf kerajaan HAMAS.Pelbagai usaha telah dilakukan untuk melemahkan dan menjatuhkan kerajaan HAMAS sehingga berakhir dengan penutupan semua sempadan Gaza setelah HAMAS menguasai Gaza akibat pertelingkahan dalaman dengan FATAH.Setelah setahun Gaza disekat,dikepung dan di nafikan haknya.Setelah setahun rakyat Palestin di Gaza menempuh semua dugaan,penderitaan dan bekorban harta dan jiwa menentang Israel.Akhirnya Israel menerima genjatan senjata sekaligus ia satu kemenangan dan pengiktirafan terhadap HAMAS.Ia seolah-olah satu pengunduran yang dilakukan oleh Israel setelah pelbagai usaha dilakukannya tidak mematahkan semangat perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

Radio Israel pula menyiarkan kata2 Mejar Jeneral tentera Israel “sesungguhnya HAMAS tidak kerugian sesuatu bahkan ia memperolehi dari Israel waktu yang panjang bagi mengembalikan penyusunan sof2 dan kekuatan prasarananya.Beliau menambah: “semakin lama genjatan senjata,semakin kuat dan bahaya gerakan HAMAS”

Genjatan senjata terus berjalan mengikut jadual yang dirancang.HAMAS telah berjanji akan memberi komitmen selama mana Israel tidak melanggari persetujuan yang dibuat dari genjatan senjata tersebut.Namun semua sudah mengetahui,Israel tidak pernah menepati janji dan pengkhianat.Oleh itu,sama2 lah kita lihat apa pengkhianatan seterusnya yang akan dilakukan oleh Israel.

Kini,tanggal 27 Disember 2008 Gaza diserang kembali.Israel telah mengkhianati perjanjian yang telah di persetujui.

Sekian..

Tiada ulasan: