Isnin, Januari 19, 2009

GENJATAN SENJATA..



Bismillah..
Assalamualaikum..

Pada 18 Januari 2009 jam 8 pagi waktu Malaysia genjatan senjata antara rejim laknatullah dan Hamas telah bermula setelah 23 hari Gaza diserang.Israel telah bersetuju untuk mengikuti genjatan senjata yang dianjurkan Mesir ini selama 10 hari dengan tanpa mengundurkan “anjing-anjing” belaan mereka dari bumi Gaza.



CEDERA: 5300 ORANG

TERBUNUH : 2000 ORANG ( KANAK2 : 430 ORANG
)


Selama 23 hari,inilah hasil yang rejim laknatullah berjaya lakukan.Rejim laknatullah hanya berjaya membunuh tetapi pada hakikatnya mereka kalah dalam mencapai tujuan sebenar.Tujuan untuk melumpuhkan Hamas dan penduduk Palestin yang hanya bersenjatakan senapang patah dan “batu” sebagai pelindung diri.Inilah hakikat sebenarnya,bahawa rejim zionis laknatullah telah kalah di palestin walaupun mereka menafikannya.


Kita sama-sama tunggu dan lihat adakah rejim zionis akan mengotakan janjinya untuk menyetujui genjatan senjata selama 10 hari ini.Dan apa lagi yang akan dilakukan oleh rejim laknatullah apabila genjatan senjata berakhir pada 27 januari nanti.


Marilah kita sama-sama berdoa semoga pejuang dan rakyat Palestin diberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang dilalui sekarang ini.Memperjuangkan Palestin adalah wajib bagi kita umat Islam kerana tanah Palestin adalah tanah wakaf bagi kita umat Islam yang ada di muka bumi ini.

Sekian..

SAVE PALESTIN...FREE PALESTIN...FREE AL-QUDS

Tiada ulasan: