Jumaat, Februari 03, 2012

ZAKAT

MAKNA ZAKAT :-

  • Dari Segi Bahasa -
Zakat bererti suci & bersih..

  • Dari Segi Syarak -
Mengeluarkan sebahagian harta @ hak milik kepada kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupu nisabnya & sampai masanya 1 tahun @ setelah sempurna menuai ( bagi tanam-tanaman )

HIKMAH BERZAKAT :-

  1. Satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT
  2. Dianggap sebagai satu amalan jihad ( pengorbanan )
  3. Membersihkan perasaan dendam & hasad dengki orang fakir terhadap golongan berada
  4. Melenyapkan sikap cintakan harta,bakhil & kedekut
  5. Mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah

" amalan berzakat bertujuan untuk membentuk masyarakat saling bantu membantu "

" sesiapa yang menunaikan zakat hartanya,nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakkan hartanya "

Rabu, Februari 01, 2012

PENGENALAN PENDIDIKAN..

Takrif Pendidikan menurut beberapa orang tokoh ialah:-


PLATO
- menganggap pendidikan itu dilakukan dengan cara pengajaran..

ARISTOTLE,JAN JACK ROSSO & IBN SINA
- berpendapat " Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam suatu jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yang baik tadi"

" Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan & sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya" ( Al Sayyid Sabiq )

Selasa, Februari 15, 2011

TAWAN HATI DENGAN AKHLAK TERPUJI..


Keunggulan Rasulullah bersifat sempurna dan menyeluruh. Tetapi yang paling dipuji Allah antara segala keunggulan itu ialah akhlak baginda yang tinggi. Firman Allah yang bermaksud "sesungguhnya kamu mempunyai akhlak yang tinggi". Dengan ketinggian akhlak itulah Rasulullah menyeru kepada Islam. Lidahnya menuturkan ajaran Al-Quran secara lisan,peribadinya menterjemahkannya dalam tindakan. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w dalam dakwah dan tarbiahnya..


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Jumaat, Februari 04, 2011

SYAITAN LARI DARI SAIDINA UMAR..


Diriwayatkan daripada Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqas daripada ayahnya,bahawa Umar al-Khattab memohon agar diizinkan masuk ke dalam rumah Nabi s.a.w. Ketika itu ada beberapa orang wanita Quraisy sedang berbincang-bincang dengan nabi dan mereka berbicara dengan nada suara yang agak kuat,melebihi suara nabi..


Ketika Umar masuk,mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin Umar masuk ke dalam rumah nabi sementara nabi tertawa..


Umar bertanya: "apa yang membuatkan kau tertawa ya Rasulullah?" Nabi menjawab yang bermaksud:"aku hairan terhadap wanita2 yang berdiri disisiku ini.ketika mereka mendengar suaramu,segera mereka berdiri menarik hijab"


Umar berkata: sebenarnya engkau yang lebih layak mereka segani wahai Rasulullah..


Kemudian Umar berkata pada wanita2 itu: wahai para wanita yang menjadi musuh bagi nafsumu sendiri,bagaimana kalian segan terhadap diriku dan tidak segan terhadap Rasulullah?


Mereka menjawab: ya,sebab engkau kebih keras berbanding Rasulullah..


Kemudian nabi bersabda yang bermaksud: jangan mulai pembicaraan wahai Ibn-al Khattab. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman tangan Nya,sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan kecuali dia akan mencari jalan lain yang tidak kau lalui..


Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa nabi bersabda yang bermaksud: sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu Umar..


Nabi juga bersabda yang bermaksud: Umatku yang paling penyayang adalah Abu Bakar dan yang paling tegas dalam menegakkan agama Allah adalah Umar..

Isnin, Januari 24, 2011

PESANAN UMAR AL-KHATTAB..


Pesanan Sayidina Umar al-Khattab kepada ketua tentera muslimin, Sa'ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota Parsi:


sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa'ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan..


aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh2 Islam..


sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuk.jika bukan kerana hal itu,nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan..


bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tntera mereka.kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka.maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh,nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka..


jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah ke atas musuh2 ini dengan kelebihan kita,sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka..


ketahuilah!


bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu,malaikat2 yang mengawasi,dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah untuk menjagamu.mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.


maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan.janganlah kamu berkata,"sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita,dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan"..


mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum bani israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir majusi..


mohonlah daripada Allah kemenangan ke atas nafsu2 mu.seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh2mu.aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu..


Hari ini,pesanan Sayidina Umar itu dianggap sepi. kita cuba menentang musuh Islam padahal sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka.mereka mengikut nafsu,kita juga apa kurangnya. belum terdengar lagi mana2 pemimpin Islam yang begitu serius mengajak umatnya melawan nafsu..


tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam perjajahan bentuk baru baik dari sudut budaya,politik,ekonomi mahupun geografi. kita kalah dengan musuh zahir (yahudi&Nasrani) kerana kita terlebih dahulu dikalahkan oleh musuh batin iaitu hawa nafsu. jihad melawan orang kafir tidak mungkin menjadi realiti kecuali setelah jihad melawan hawa nafsu dilakukan terlebih dahulu..

Ahad, Januari 09, 2011

LELAKI BERSALAMAN DENGAN WANITA?


Akhir2 ini,umat Islam amat longgar pegangannya dengan hukum Allah,baik hukum yang kecil mahupun hukum yang besar termasuk hukum bersalaman.Ada yang mempertikaikan hukum Allah sehingga wujud orang yang berhujahkan dengan niat yang baik,darurat dan selamat daripada fitnah,maka hukum bersalam wanita dan lelaki adalah harus..


Sebenarnya para ulama bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi.Seorang tokoh mazhab syafie yang disegani,Imam Nawawi menegaskan:


"Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya,atau ketika urusan jual beli,atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam situasi berkenaan"


Ummu Mukminin Aisyah pernah bersumpah menafikan Nabi pernah menyentuh tangan wanita dalam baiah peristiwa hijrah..


Memang benar masih ada segelintir yang berhujah terdapat ulama yang mengharuskan bersalaman dengan wanita ajnabi.Namun keharusan itu bukan secara mutlak iaitu harus bersalaman dengan mana2 wanita ajnabi tanpa mengambil kira apa2 situasi.Tetapi keharusannya hanya dalam keadaan darurat dan aman fitnah..


Kaedah fiqah ada menyebut,darurat hendaklah diukur mengikut kadarnya (yakni kadar darurat tersebut)


Apakah dalam suasana Malaysia sebuah negara yang mempuyai nisbah umat Islam yang begitu ramai masih berada dalam keadaan darurat? Umat Islam di negara kita perlu dilatih melaksanakan perintah Allah dan Rasul walaupun sekecil mana hukum tersebut pada anggapan mereka.


Oleh itu,bagi kita umat Islam,tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w..

Rabu, Disember 29, 2010

PENGURUSAN MASA=PENGURUSAN NYAWA..


MENGHARGAI NYAWA..


Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah nyawa. Dengan nyawa kita hidup & dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Oleh itu,kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa ini sangat beharga. Nyawa ini ialah "modal" untuk meraih keuntungan di dunia & akhirat..


Oleh sebab itu, nyawa termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori darruriyyat bersama-sama dengan agama,keturunan & harta. .


Tanpa nikmat hidup, kita tidak berpeluang untuk membuat kebaikan,meraih pahala & seterusnya mendapat syurga..


Ingatlah, hidup didunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Justeru, dalam Islam kita dilarang "meminta" mati apatah lagi membunuh diri..


Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis: "setiap inci tanah di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga"


MENGHARGAI MASA..


Apakah tanda kita menghargai nyawa? jawabnya mudah, kita mesti menghargai masa! Masa hakikatnya adalah nyawa kita. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan, hakikatnya seperti " membuang " nyawa sendiri..

Isnin, Disember 27, 2010

MALU MUNCUL DARI IMAN..


Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa & maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu. Sifat malu menghalang seseorang muslim itu daripada melakukan dosa, malah dalam masa yang sama menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah ketaatan..

Malu yang dimaksudkan adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah. Sifat malu ini bukan sahaja sifat yang disuruh oleh Islam, malah ia adalah sifat tabii manusia yang waras & sempurna pemikirannya..

Namun begitu pada zaman kita ini, orang yang malu terkadang dianggap orang yang tidak maju atau tidak moden. Begitulah terbaliknya neraca pertimbangan bagi sebahagian manusia yang kurang berilmu..

Imam Nawawi pernah berkata: "berkata para ulama: Hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk & menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada yang sepatutnya"