Isnin, Disember 27, 2010

MALU MUNCUL DARI IMAN..


Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa & maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu. Sifat malu menghalang seseorang muslim itu daripada melakukan dosa, malah dalam masa yang sama menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah ketaatan..

Malu yang dimaksudkan adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah. Sifat malu ini bukan sahaja sifat yang disuruh oleh Islam, malah ia adalah sifat tabii manusia yang waras & sempurna pemikirannya..

Namun begitu pada zaman kita ini, orang yang malu terkadang dianggap orang yang tidak maju atau tidak moden. Begitulah terbaliknya neraca pertimbangan bagi sebahagian manusia yang kurang berilmu..

Imam Nawawi pernah berkata: "berkata para ulama: Hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk & menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada yang sepatutnya"

Tiada ulasan: