Selasa, Februari 17, 2009

PENCEROBOHAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN..


Bismillah..

Assalamualikum..


Disini,saya ingin berkongsi pada sahabat-sahabat semua fakta mengenai palestin yang saya dapat ketika menghadiri progran aman Palestin baru-baru ini..


Gambar di atas ini,adalah hasil usaha rejim zionis Israel laknatullah selama 60 tahun hingga kini menjajah Palestin sikit demi sedikit sehinggalah menguasai hampir 90% tanah palestin untuk membentuk negara Israel di bumi Palestin.


Jika kita lihat pada gambar,yang bewarna hijau adalah tanah Palestin.Tetapi hari berganti hari,bulan berganti bulan,dan tahun berganti tahun, semakin lama,warna hijau yang kelihatan semakin hilang dari pandangan.Ini menunjukkan bahawa,negara atau tanah rakyat palestin telah dirampas dan di jajah oleh rejim Israel..


Yang tinggal ketika ini,hanya sebilangan kecil tanah yang bewarna hijau yang saya paparkan diatas.Itupun,Gaza pula telah dimusnahkan dalam serangan baru-baru ini.Gaza hanya tunggu masa untuk di jajah sepenuhnya oleh rejim zionis Israel..


Persoalannya disini,sampai bila kita sanggup melihat Palestin lenyap secara perlahan-perlahan dari peta dunia tanpa umat Islam sedari ???sampai bila??


Oleh itu,saya berpesan pada diri saya sendiri dan juga pada sahabat-sahabat supaya jangan pernah kita melupakan isu penderitaan rakyat dan pejuang Palestin ini walaupun serangan baru-baru ini telah berhenti untuk seketika.Kita harus buka minda,buka mata,cuba tanamkan perasaan ingin tahu dalam hati terhadap isu Palestin.Moga dengan adanya perasaan ini,maka akan timbul rasa perasaan ingin membantu dengan apa jua cara sekalipun walaupun kita jauh dari mereka.in-Allah..


Akhir kata,jika saya ada tersalah kata terkasar bahasa,harap di maafkan,yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..


sekian..



SAVE PALESTIN..FREE AL-QUDS


Selasa, Februari 10, 2009

AMAN PALESTIN


BISMILLAH..
ASSALAMUALAIKUM..

PADA HARI SABTU YANG LEPAS BERSAMAAN 07 FEBRUARI,SAYA TELAH MENGHADIRI SATU PROGRAM AMAN PALESTIN DI BANDAR BARU BANGI SELANGOR..SAYA TERTARIK PADA PAMERAN YANG TELAH DIADAKAN. DI SINI SAYA INGIN BERKONGSI BERSAMA-SAMA DENGAN KAWAN-KAWAN MENGENAI PAMERAN TERSEBUT..





GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH ANTARA PETUGAS-PETUGAS YANG TELAH MENJAYAKAN PAMERAN AMAN PALESTIN TERSEBUT.TAHNIAH DI UCAPKAN..







ANTARA BARANGAN-BARANGAN YANG DI JUAL UNTUK MENDAPATKAN DANA BAGI MEMBANTU RAKYAT DAN PEJUANG PALESTIN..


INI ADALAH ANTARA SALAH SATU TABUNG YANG ADA PADA PROGRAM TERSEBUT..


REPLIKA KEHANCURAN GAZA YANG DI LAKUKAN OLEH REJIM ISRAEL LAKNATULLAH..







GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH ARTIKEL-ARTIKEL YANG DI PAMERKAN PADA PROGRAM TERSEBUT.BANYAK INPUT YANG PENTING TELAH DI DEDAHKAN PADA MALAM PROGRAM.

AKHIR SEKALI,MARI KITA SAMA-SAMA MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT PALESTIN WALAUPUN KITA JAUH DARI MEREKA.JANGAN PERNAH SESEKALI KITA MELUPAKAN PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN SAMPAI BILA-BILA..

SEKIAN..

FREE PALESTIN..SAVE GAZA..FREE AL-QUDS

Selasa, Februari 03, 2009

SYAHID...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bismillah..
Assalamualaikum..

SYAHID!! Adakah jiwa anda bersemangat apabila menedengar perkataan itu atau gentar ketakutan??

Apapun perasaan anda, yang pasti ramai Muslim syahid, sama ada ketika berjuang membela agama dan tanah air di perbatasan atau menjadi mangsa korban di rumah dan di tempat awam seperti Palestin hari ini.

Mereka sudah biasa dengan perjuangan, malah kanak-kanak mereka membesar di depan muncung senapang. Ungkapan seperti “hanya kejayaan atau mati Syahid yang kami idamkan” sudah menjadi darah daging mereka.

Orang pertama gugur Syahid dalam Islam ialah Sumayyah binti Khayyat, ibu kepada Ammar bin Yasir yang mati kerana mempertahankan agama Allah di tangan pemuda Quraisy Makkah, Abu Jahal.

Darah Syahid yang keluar mengalir dari tubuh mereka adalah suci. Darah itulah yang akan menjadi tebusan untuk mereka mencapai kebahagiaan hidup di akhirat di samping keharuman nama mereka sebagai pahlawan yang sentiasa dikenang.

Golongan Syahid tidak wajib disolat dan dimandikan sekalipun berada dalam keadaan hadas kecil atau besar. Perkara itu seperti arahan Rasulullah ke atas syuhada perang Uhud. Sabda baginda maksudnya “jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak pada hari kiamat dan tidak usah solat ke atas jenazah mereka.”

Ulama terkemuka Sheikh Yusuf al-Qardawi pada 2003 pernah berkata, pejuang Islam yang terkorban dalam operasi mengusir tentera Amerika Syarikat dari Teluk dianggap sebagai mati Syahid kerana niat suci itu. Tentera dan kerajaan Amerika itu, katanya, adalah musuh yang menceroboh Negara Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pejuang Islam yang mati kerana menentang Amerika dianggap Syahid dengan syarat niat mereka baik kerana mengaggap tentera yang menjajah sebagai musuh yang menceroboh wilayah mereka..

Sekian..

SAVE PALESTIN.. FREE AL-QUDS