Rabu, Disember 29, 2010

PENGURUSAN MASA=PENGURUSAN NYAWA..


MENGHARGAI NYAWA..


Antara bekalan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah nyawa. Dengan nyawa kita hidup & dengan hidup itu kita diberi peluang untuk melaksanakan misi hidup kita. Oleh itu,kita perlu bersyukur jika masih diberi kesempatan untuk terus hidup. Nyawa ini sangat beharga. Nyawa ini ialah "modal" untuk meraih keuntungan di dunia & akhirat..


Oleh sebab itu, nyawa termasuk dalam 4 perkara yang diletakkan dalam kategori darruriyyat bersama-sama dengan agama,keturunan & harta. .


Tanpa nikmat hidup, kita tidak berpeluang untuk membuat kebaikan,meraih pahala & seterusnya mendapat syurga..


Ingatlah, hidup didunia ini sangat penting kerana adanya hari akhirat. Kebaikan di akhirat tidak akan dapat diraih tanpa kehidupan di dunia. Justeru, dalam Islam kita dilarang "meminta" mati apatah lagi membunuh diri..


Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menulis: "setiap inci tanah di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga"


MENGHARGAI MASA..


Apakah tanda kita menghargai nyawa? jawabnya mudah, kita mesti menghargai masa! Masa hakikatnya adalah nyawa kita. Membazirkan masa atau menggunakan masa tidak selaras mengikut tujuan ia dikurniakan, hakikatnya seperti " membuang " nyawa sendiri..

Isnin, Disember 27, 2010

MALU MUNCUL DARI IMAN..


Antara sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa & maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu. Sifat malu menghalang seseorang muslim itu daripada melakukan dosa, malah dalam masa yang sama menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah ketaatan..

Malu yang dimaksudkan adalah malu untuk melakukan perkara dosa atau perkara yang menjatuhkan maruah. Sifat malu ini bukan sahaja sifat yang disuruh oleh Islam, malah ia adalah sifat tabii manusia yang waras & sempurna pemikirannya..

Namun begitu pada zaman kita ini, orang yang malu terkadang dianggap orang yang tidak maju atau tidak moden. Begitulah terbaliknya neraca pertimbangan bagi sebahagian manusia yang kurang berilmu..

Imam Nawawi pernah berkata: "berkata para ulama: Hakikat malu itu ialah satu akhlak yang membawa kepada sikap meninggalkan yang buruk & menghalang diri daripada mengabaikan hak kepada yang sepatutnya"

Selasa, Disember 21, 2010

BERSYUKUR SEBAGAI MUSLIM..


Betapa agung Allah yang maha penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpahan kasih sayangnya. kita dilahirkan menjadi seorang Islam walaupun tanpa diminta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah. Apa yang bakal terjadi apabila saat kita dilahirkan Allah menetapkan kita bukan seorang Islam. Betapa berat perjuangan saudara2 kita yang bukan Islam bagi bertauhid & beribadat kepada Allah..


Salam sejahtera & selawat ke atas Nabi Muhammad. Melalui dakwahnya, umat manusia di dunia mengenal kebenaran. Melalui dakwahnya, kita dapat memahami hakikat kehidupan ini. Semoga Allah memberikan kemudahan & kemampuan kepada kita supaya mencontohi sunnah rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad..


Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain bersyukur kepada Allah atas limpahan kurnianya dalam kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur atas beberapa perkara asas. Pertama, bersyukur kerana Allah mencipta kita sebagai manusia. Makhluk yang begitu sempurna. Sebagai manusia kita memiliki berbagai-bagai kelebihan & keutamaan apabila dibandingkan dengan makhluk lain. Manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada mahkluk lain. Dalam hal ini kita sebaik-baiknya bersyukur atas berbagai-bagai kelebihan yang kita miliki. Bagaimanakah cara mensyukurinya? itulah masalah yang perlu kita fahami dengan lebih mendalam..


Jumaat, Disember 17, 2010

RUMPUT & KASIH SAYANG..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

- Artikel iluvislam.com