Jumaat, November 28, 2008

HATI..


Bismillah..
Assalamualaikum..

DOA KAMU TIDAK DIKABULKAN ALLAH KERANA HATI KAMU TELAH MATI DISEBABKAN OLEH 10 PERKARA:-


1-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak2 Nya..

2-Kamu mengakui bahawa kamu cinta kepada Rasulullah s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya..

3-Kamu telah membaca Al-quran,tetapi kamu tidak beramal menurut
Al-quran..

4-Kamu telah berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya..

5-Kamu telah makan nikmat2 Allah,tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya..

6-Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya..

7-Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya..

8-Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia baginya..

9-Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan diri sendiri..

10-Kamu menguburkan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka..

Tiada ulasan: