Khamis, Disember 04, 2008

5 PERKARA..

Bismillah..
Assalamualaikum..

Syaqiq Al-Balhi berkata; "Aku mencari 5 perkara dan aku mendapatkannya lima perkara juga"..

1) Aku mencari keberkatan dalam rezeki dan aku mendapatkannya di dalam Solat Dhuha..

2) Aku mencari lampu untuk menerangi kubur,dan aku mendapatkannya di dalam Solat Malam..

3) Aku mencari persediaan untuk menjawab soalan Malaikat Mungkar dan Nakir,aku mendapatkannya dalam membaca kitab suci Al-Quran..

4) Aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Siratul Mustaqim,aku telah mendapatkannya di dalam Puasa dan Sedekah..

5) Aku mencari perlindungan di bawah Arasy,aku mendapatkannya di dalam beribadat di tempat yang sunyi..

Tiada ulasan: