Isnin, November 24, 2008

palestin..



bismillah..
assalamualaikum..

PALESTIN..
Bumi yang penuh dengan dugaan dan cabaran..
Hak kemanusiaan mereka dicabuli..
Tanah tumpah mereka dari dulu tidak pernah aman..
Dari dulu hingga sekarang..

Pencerobohan demi pencerobohan..
Tidak kira siang atau malam..
Butir yang berbahaya di lepaskan dimana-mana..
Raksasa besi dengan rakus memusnahkan segala yang menghalangnya..
Termasuklah kanak-kanak..

MENGAPA..KENAPA..
Kita lihat anak kecil yang belum matang usianya..
Tetapi fikiran mereka dewasa sebenarnya..
Lebih dewasa dari kita..
Mereka berani berhadapan dengan apa sahaja..
Demi mempertahankan maruah dan hak mereka..

Mana perginya saudara seagama..
Kemana hilangnya mereka..
Untuk berkongsi segala kepahitan..
Jika bijak berkata kasihan..
Tetapi tidak mengerti..

TANGISAN..
Ibu dan balu,sering didengari di bumi PALESTIN..
Air mata mereka amat beharga..
Tetapi bagi mereka..
Air mata ini tidak pernah bernilai..

Hari demi hari..
Pasti ada nyawa yang di ambil..
Dari bayi hinggalah yang paling berusia..
Tetapi mati mereka tidak sia-sia..

Apa akan terjadi pada anak-anak palestin..
Apakah kita hanya mampu melihat kekejaman yang berlaku..
tidak..tidak..
Jika kita bersatu,kita mampu tewaskan MEREKA..
Akhirnya PALESTIN bebas dari segala-galanya..
TAPI..BILA???

Tiada ulasan: