Khamis, April 01, 2010

RAHSIA DAHSYATNYA DOA..

Imbang PenuhMungkin ada antara kita yang menganggap doa itu remah,padahal doa memiliki potensi yang besar bagi mengubah segala-galanya. ia mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin,menjadi mungkin. berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripadanya kerana Allah yang memiliki segala-galanya. apabila Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa,segalanya menjadi mudah seperti membalikkan tapak tangan. Allah maha berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memihin daripadanya,di mana sahaja dan pada bila2 masa..

oleh sebab itu percayalah,doa itu pasti memberikan manfaat bagi sesiapa sahaja. orang yang berdoa tidak pernah rugi. malah,doa itu dapat mewujudkan sesuatu yang luar biasa..

apakah rahsia doa? kita dapat memahaminya apabila kita mengetahui terlebih dahulu apakah manfaat doa. antara manfaat doa adalah seperti berikut:


1) doa itu ibadah kerana ia adalah perintah Allah

2) doa adalah intipati ibadah. ibadah yang tidak diiringi doa umpama buah tanpa isi

3) doa itu mulia disisi Allah kerana ia menunjukkan sifat hamba dalam diri manusia

4) doa dapat mengubah takdir yang buruk menjadi baik apabila Allah berkenan mengubahnya

5) doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman


lima keistimewaan doa di atas dapat mewujudkan kedahsyatan ataupun keajaiban doa. apalagi apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat terkabul. doa seperti itu terus menenbus langit dan sampai ke Arasy. maksudnya,Allah dengan segera mengabulkannya. dalam Quran kita dapat melihat keajaiban doa seperti itu iaitu doa para nabi dan orang soleh,doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya..

dipetik dari buku dahsyatnya doa ibu - SYAMSUDDIN NOOR

Tiada ulasan: