Rabu, Mac 31, 2010

ON TIME DALAM BERIBADAH..

Anda yang memandu setiap petang ketika nak balik ke rumah,cemas tak bila menempuh kesesakan lalu lintas yang langsung tak bergerak sikit pun tu? alah,sebab banjirlah. cemas sebab banjir tu satu masalah,ni cemas nak buka apa kalau bulan puasa. tu lagi satu masalah..

' hai,pukul berapalah aku nak sampai? tak sempat buka nampaknya. apa benda yang ada dalam kereta ni yag boleh dimakan? semuanya besi,plastik,baldu!'

selalu terjadi macam tu bagi anda yang tinggal di bandar2 besar? selalunya bulan puasa jatuh hujung tahun,musim tengkujuh. petang hujan,pagi hujan,malam pun hujan..

semula jadinya kita cemas apabila dah nak masuk waktu buka. kita masih terperangkap dalam kesesakan. betul tak? jangan temberanglah,mesti cemas punya. rasa rugi sangat sebab seminit dah azan,sedangkan anda masih terperangkap dan tak ada apa2 nak dimakan,nak buka puasa. betul?

nak2 kalau hari tu entah kenapa anda berasa lapar sangat,semacam punya lapar,bukan dua macam lagi. semacam sangat. tiba2 tersangkut di tengah jalan raya dan azan maghrib pulak berkumandang di corong radio. alamak,rasa rugi sangat sebab terpaksa berpuasa lebih daripada waktu yang diwajibkan..

apa susah,bang...buka cermin kereta tadah air hujan sikit,dapat jugak minum air hujan. jangan marah hah,gurau je!

apa yang saya nak tegaskan? kita terasa rugi sangat kalau tak sempat buka,tak sempat on time. tapi kita tak terasa apa2 pun apabila dah masuk waktu zuhur,misalnya dan kita leka bersembang. patutnya lebih baik kita tunaikan solat zuhur pada awal waktu sebab lebih afdal. apa pasal kita rasa selesa melambat-lambatkan solat,sedangkan bab buka puasa tadi,amboi,belum azan,kurma dah ready depan mulut? amboi,bab makan awal waktu,bab solat selalu akhir waktu! apa pasal?

solat pada awal waktu tu paling baik,lebih2 lagi kalau berimam. lagi baik kalau 5 minit sebelum masuk waktu dah ready dengan wuduk dan berada di tikar solat. seperti kita nak berbuka tadi,5 minit sebelum masuk waktu maghrib karipap depan mulut kita..

5 minit tangan diangkat pegang karipap depan mulut. bukan main tu! bukan kerja senang. sebab apa? sebab afdal awal berbuka puasa. laa.. apa pasal solat tak boleh gitu? kan afdal jugak solat pada awal waktu?

okey,sama2 kita muhasabah diri kita. kita menjalani ibadah puasa dan solat dah lama,mungkin seusia dengan usia kita sekarang. tapi kualitinya sama saja macamkita budak2 dulu. dulu masa budak2 on time sangat apabila berbuka,tapi solat memang di lambat2kan. mengaji di universiti dalam bidang usuluddin lagi,bidang syariah lagi,tapi solat masih sama..

maka marilah kita sama2 muhasabah diri. " kalau boleh ketawa, senyumlah jugak sebab ketawa campur senyum tu memang bahagia "

Tiada ulasan: