Rabu, Februari 03, 2010

RUKUN ISLAM..

Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna..


MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

" Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNYA" Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhnya..


SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM

Dengan solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun solat yang diajarkan oleh Nabi..


BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak lansung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH..


MENGELUARKAN ZAKAT

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama..


MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH

Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup..

Tiada ulasan: