Selasa, Februari 03, 2009

SYAHID...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bismillah..
Assalamualaikum..

SYAHID!! Adakah jiwa anda bersemangat apabila menedengar perkataan itu atau gentar ketakutan??

Apapun perasaan anda, yang pasti ramai Muslim syahid, sama ada ketika berjuang membela agama dan tanah air di perbatasan atau menjadi mangsa korban di rumah dan di tempat awam seperti Palestin hari ini.

Mereka sudah biasa dengan perjuangan, malah kanak-kanak mereka membesar di depan muncung senapang. Ungkapan seperti “hanya kejayaan atau mati Syahid yang kami idamkan” sudah menjadi darah daging mereka.

Orang pertama gugur Syahid dalam Islam ialah Sumayyah binti Khayyat, ibu kepada Ammar bin Yasir yang mati kerana mempertahankan agama Allah di tangan pemuda Quraisy Makkah, Abu Jahal.

Darah Syahid yang keluar mengalir dari tubuh mereka adalah suci. Darah itulah yang akan menjadi tebusan untuk mereka mencapai kebahagiaan hidup di akhirat di samping keharuman nama mereka sebagai pahlawan yang sentiasa dikenang.

Golongan Syahid tidak wajib disolat dan dimandikan sekalipun berada dalam keadaan hadas kecil atau besar. Perkara itu seperti arahan Rasulullah ke atas syuhada perang Uhud. Sabda baginda maksudnya “jangan kamu mandikan mereka kerana setiap luka dan darah itu adalah wangi semerbak pada hari kiamat dan tidak usah solat ke atas jenazah mereka.”

Ulama terkemuka Sheikh Yusuf al-Qardawi pada 2003 pernah berkata, pejuang Islam yang terkorban dalam operasi mengusir tentera Amerika Syarikat dari Teluk dianggap sebagai mati Syahid kerana niat suci itu. Tentera dan kerajaan Amerika itu, katanya, adalah musuh yang menceroboh Negara Islam.

Sehubungan itu, beliau berkata, pejuang Islam yang mati kerana menentang Amerika dianggap Syahid dengan syarat niat mereka baik kerana mengaggap tentera yang menjajah sebagai musuh yang menceroboh wilayah mereka..

Sekian..

SAVE PALESTIN.. FREE AL-QUDS

1 ulasan:

hologramisfera berkata...

slm..helohelo ;]]..
letak lah chatbox..senang nak melawat kamu selalu ;]]