Selasa, Februari 17, 2009

PENCEROBOHAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN..


Bismillah..

Assalamualikum..


Disini,saya ingin berkongsi pada sahabat-sahabat semua fakta mengenai palestin yang saya dapat ketika menghadiri progran aman Palestin baru-baru ini..


Gambar di atas ini,adalah hasil usaha rejim zionis Israel laknatullah selama 60 tahun hingga kini menjajah Palestin sikit demi sedikit sehinggalah menguasai hampir 90% tanah palestin untuk membentuk negara Israel di bumi Palestin.


Jika kita lihat pada gambar,yang bewarna hijau adalah tanah Palestin.Tetapi hari berganti hari,bulan berganti bulan,dan tahun berganti tahun, semakin lama,warna hijau yang kelihatan semakin hilang dari pandangan.Ini menunjukkan bahawa,negara atau tanah rakyat palestin telah dirampas dan di jajah oleh rejim Israel..


Yang tinggal ketika ini,hanya sebilangan kecil tanah yang bewarna hijau yang saya paparkan diatas.Itupun,Gaza pula telah dimusnahkan dalam serangan baru-baru ini.Gaza hanya tunggu masa untuk di jajah sepenuhnya oleh rejim zionis Israel..


Persoalannya disini,sampai bila kita sanggup melihat Palestin lenyap secara perlahan-perlahan dari peta dunia tanpa umat Islam sedari ???sampai bila??


Oleh itu,saya berpesan pada diri saya sendiri dan juga pada sahabat-sahabat supaya jangan pernah kita melupakan isu penderitaan rakyat dan pejuang Palestin ini walaupun serangan baru-baru ini telah berhenti untuk seketika.Kita harus buka minda,buka mata,cuba tanamkan perasaan ingin tahu dalam hati terhadap isu Palestin.Moga dengan adanya perasaan ini,maka akan timbul rasa perasaan ingin membantu dengan apa jua cara sekalipun walaupun kita jauh dari mereka.in-Allah..


Akhir kata,jika saya ada tersalah kata terkasar bahasa,harap di maafkan,yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri..


sekian..



SAVE PALESTIN..FREE AL-QUDS


Tiada ulasan: