Isnin, Januari 05, 2009

GAZA..



Bismillah..
Assalamualaikum..


Dalam kemeriahan kita di Malaysia menyambut sambutan Maal hijrah 1430 dan Tahun baru 2009,saudara kita di Gaza,Palestin telah di serang oleh tentera rejim yahudi Israel laknatullah.Hari ini adalah hari ketujuh saudara kita di sana menempuh dugaan yang tidak dapat di bayangkan kita disini.Terasa sedih,geram dan terkejut pun ada bila mendengar berita saudara kita ini pada hari pertama di serang.Jika kita fikir secara logiknya,mengapa Negara-negara Arab yang ada berhampiran bumi suci Palestin ‘macam’ berdiam diri?Mengapa tidak terus membantu dari segi ketenteraan.Dan kita juga di Malaysia,mengapa tidak menghantar pasukan keselamatan ke Palestin sekarang ini..Mengapa?? Adakah kita semua takut? Atau kita semua termasuk negara2 Arab mempunyai strategi yang lain dan tersendiri dalam menangani masalah ini.Kita seperti tidak bersatu hati.Mungkin saya hanya pandai berka-kata..hanya pandai bercakap,tp ini ada luahan hati saya terhadap Palestin.Terasa sedih sangat bila mendengar Pelestin di serang lagi..Dr Yusuf Qardawi telah mengeluarkan fatwa bahawa WAJIB Segera Bantu Saudara Kita Di Palestin.Maafkan jika kata-kata saya ini mungkin tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain.Saya cuma mahu luahkan kepada semua apa yang saya rasa..Mari kita sama-sama berdoa agar saudara kita disana mendapat ketenangan hati dalam menempuh dugaan yang sedang dilalui.Sama-sama kita sedekahkan pahala fatihah kepada mereka yang telah syahid disana..AL-FATIHAH..
SEKIAN..

1 ulasan:

su berkata...

sama2 berdoa demi ketenteraman di gaza..amin....


maceh jenguk blog!hehe..