Ahad, Mac 14, 2010

PERGI MUNGKIN TAK KEMBALI..

Terkenang pada zaman 60-an dulu,zaman atuk dan nenek naik kapal laut selama 2 bulan perjalanan untuk sampai ke pelabuhan Jeddah dan seterusnya ke Makkah..

perjalanan pergi dan balik ambil masa empat bulan. belum ambil kira masa mengerjakan haji yang pastinya lebih mencabar berbanding sekarang. kalau dalam perjalanan itu ada yang meninggal dunia,maka dasar lautlah menjadi kuburannya. pendek kata,semuanya susah dan payah. boleh kata semua jemaah yang nak berangkat tu merasakan saat pergi haji ni mungkin tak kembali lagi. jadi,mereka manfaatkan betul2 peluang haji. dan biasanya,apabila kembali ke tanah air mereka betul2 berubah..

terkenang lagi jauh ke kisah2 silam di mana kafilah2 dari serata ceruk rantau-timur jauh,asia tengah,afrika dan sebagainya mengambil masa bertahun untuk sampai ke Makkah dan mengerjakan haji. perjalanan dari merentasi padang pasir dan bukit cerun memang memeritkan. tapi,hasilnya memang sungguh manis..

sekarang ini,nak pergi haji memang cukup mudah. tiada kapal laut. yang ada hanya kapal terbang. lapan jam,dah sampai..

nak duduk hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi? selangkah aje keluar hotel dah jejak perkarangan masjid. bilal masjid iqamat aje,kita boleh terus turun hotel dan menyertai jemaah2 lain menunaikan solat. semuanya disusun baik untuk kita. dari soal penginapan,makan minum,jadual perjalanan dan jadual harian dan sebagainya. syaratnya satu aje...RM mesti penuh poket. yalah...sekarang ni RM main peranan besar dalam ibadah haji sehinggakan nak kucup Hajarul Aswad pada musim haji yang sarat dengan jemaah ( tak kira pada waktu dan saat mana ) pun boleh diatur. janji bayar. masya-Allah..

setelah selesai tawaf,jemaah akan membuat sa'ie antara bukit safa dan marwah. walaupun agak jauh ( dengan tujuh kali pusingan turun naik ), tapi semuanya air-cond. nyaman dan tak meletihkan..

umumnya orang kita ni,bila rasa2 nak buat U-turn dalam hidupnya,baru dia nak fikir nak buat haji. selagi tak rasa nak buat pusingan U,selagi itulah tak berniat nak buat haji..

kononnya pergi haji boleh membersihkan diri daripada dosa2 silam. comfirm bersih! balik Makkah nanti boleh fokus untuk buat baik aje sampai mati. itulah tipu daya syaitan. balik haji berpuluh-puluh kali pun,perangai tetap sama juga kalau niat haji tak betul2 lurus..

ada satu persamaan antara jemaah yang pergi naik haji dengan pemain2 bola sepak profesional. kedua-duanya perlukan stamina yang tinggi,fizikal yang tahan lasak dan bermotivasi..

jemaah haji kita agak tertinggal dalam aspek ini berbanding dengan jemaah luar. mereka ( jemaah lain ) sanggup berjemur dan berpanas berdiri solat,mengejar setiap inci pahala yang disediakan,sanggup berjalan kaki ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dari bilik penginapan yang jauh semata-mata untuk bersolat jemaah. tapi orang kita kurang biasa dan lebih senang bersolat dan beriktikaf di bilik2 hotel dan markas masing2 daripada bersesak-sesak dan berpanas untuk solat di masjid..

tapi...kalau bab shopping atau window shopping,orang kita lebih tough dan lebih bermotivasi..

Tiada ulasan: