Khamis, Mac 11, 2010

ADUH! MACAM MANA KITA?

kisah 1..

Auf r.a bercerita: "saya bersama nabi pada suatu hari.selepas baginda bersugi dan berwuduk,baginda pun berdiri hendak menunaikan solat. saya pun turut bersama solat dengannya. dalam rakaat pertama,baginda membaca surah al-baqarah. baginda akan memohon rahmat Allah apabila bersua dengan ayat2 mengenai nikmat dan kurniaan Allah dan akan memohon keampunan semasa membaca ayat berkenaan dengan kemurkaan Allah. rukuk dan sujudnya saya kira sama panjang dengan qiamnya. dalam ketiga-tiga rakaat yang berikut,nabi membaca tiga surah selepas surah al-baqarah. tiap2 satu rakaat sama panjang dengan yang lain.

bacaan nabi yang ceritanya tersebut di atas berjumlah 1/5 daripada seluruh al-Quran. fikirkanlah tentang masa yang telah digunakan oleh nabi hanya untuk satu solat sahaja.

kita,macam mana? solat 4 rakaat,tunggang tonggengnya cukup sekadar 5 minit itu dipenuhi dengan kelalaian dan bacaan2 yang kita sendiri tak berapa nak faham maksudnya. dan itulah cara dan gaya yang kita kekalkan sejak puluhan tahun tanpa ada hasrat nak pelbaiki kualiti solat kita..


kisah 2..

nabi pernah bersabda: "tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menukar bukit bukau di Mekah menjadi emas. tetapi aku menadahkan tanganku kepadaNya sambil berkata: "ya Allah,aku suka makan pada 1 hari dan lapar pada hari berikutnya supaya aku dapat mengingatiMu apabila lapar dan memuji-mujiMu serta mensyukuri nikmatMu apabila kenyang".

kita,macam mana? oh,tentu saja kitamengimpikan setiap apa yang kita sentuh,Allah tukarkan menjadi emas. agar dengannya kita boleh tukarkan pula menjadi wang berjuta-juta. agar dengannya boleh lah sebahagian kita sedekahkan ke rumah anak yatim,sebahagian lagi ke rumah orang2 tua,sebahagian lagi ke majlis kanser negara dan sebagainya..

aduh,hebatnya sifat pemurah kita. yalah...sebab belum dapat!

Tiada ulasan: